Walaupun masih dalam proses berpantang, selebriti dan usahawan jelita, Neelofa, 33, tidak ketinggalan memberikan ramalan Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) yang sedang berlangsung malam ini. Status tentang ramalan AJL36 yang ditulis ummi kepada Muhammad Bilal itu mencuit hati netizen apabila meramalkan tangisan Bilal akan menang untuk kategori vokal terbaik. “Vokal terbaik, Tangisan Bilal (sambil menyertakan emoji wajah dengan air mata kegembiraan),” seloroh Neelofa menerusi Twitter. Walaupun sambil berseloroh, bekas pengacara program MeleTOP itu meramalkan bahawa kejutan akan dilakukan Marsha menerusi lagu Cinta ciptaan pasangan suami isteri, Stacy Anam (Bunga Cantik) dan Akim Ahmad (Hang Nadim) untuk kategori vokal terbaik pada malam ini. Selain itu, isteri pendakwah bebas, Haris Ismail itu turut meramalkan dua lagu berpotensi besar untuk merangkul kemenangan malam ini iaitu Mimpi nyanyian Haqiem Rusli dan Pelukan Angkasa dendangan Sekumpulan Orang Gila dan Shila Amzah. Pada AJL edisi ke-34 pula, ramalan Neelofa mengena apabila lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel diangkat sebagai juara keseluruhan. Jadi agak-agak korang adakah ramalan ummi Bilal akan mengena pada malam ini? - CARI |
slyfynx replied at 6-3-2022 10:24 PM
Bijik ape nih?
mohabbatein replied at 6-3-2022 10:48 PM
alahai korang pun..dia nak berjenaka pun korang take serious dah kenapa...chill lah
caramel_cloud9 replied at 7-3-2022 12:13 AM
Byk kali ke tekaan dia mengena sbb mcm ramai mintak ramalan dia
anony-mous replied at 7-3-2022 12:26 AM
Byk kali kalau xsilap. Ada twitter minta dia buat ramalan lg kalini tp xsilap i dia ckp dah retire ...
ADVERTISEMENT