CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ramai Ingat Bienda Anak Dara, Serius Tak Sangka Gerai Pau Viral

3-3-2022 05:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4016| Komen: 17

"Pau ini sebenarnya diusahakan suami dan saya hanya membantu saja. Namun, tak sangka pula dalam beberapa hari ini ia sudah 'viral'."

Itu kata penyanyi dan pelakon Bienda, 36, selepas tular video dia dilihat menjual pau di gerai tepi jalan berdekatan stesen minyak Petronas di Jalan Kuching, di sini.

Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razali ketika dihubungi berkata, perniagaan pau dikenali Papapau Bienda Gebu itu baru diusahakan suaminya, Kamarul Zariman Abdul Rahman atau Boy pada hujung Disember, tahun lalu.


Foto: IG

"Alhamdulillah, perniagaan ini baharu dua bulan kami jalankan. Suami yang sebenarnya nak memulakan perniagaan makanan, tapi paling utama mestilah produk berkualiti.


"Awalnya kami tak tahu nak jual makanan apa sehinggalah berjumpa dengan rakan pelakon, Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana pada Oktober tahun lalu untuk berbincang dan mereka cadangkan produk pau ini," katanya kepada Harian Metro.

Bienda yang sebelum ini memang sudah aktif berniaga tudung dan 'inner' di media sosialnya berkata, dia memang suka berniaga sejak dulu dan tak kisah jika berniaga di tepi jalan.



"Asalkan rezeki halal, produk pun berkualiti dan sedap. Hasil jualan ini juga kami dapat berkongsi rezeki dengan orang lain, saya tak kisah berniaga di tepi jalan.

"Saya bersyukur tiba-tiba saja gerai pau kami ditularkan dan sesungguhnya inilah rezeki serentak daripada Allah yang saya tak pernah sangka. Ramai orang sudah mula menghubungi saya untuk bertanyakan mengenai perniagaan ini dan saya okey saja untuk berkongsi. Bagi saya, lagi banyak kita berkongsi, semakin Allah murahkan rezeki," katanya yang berniaga di situ bermula jam 7.30 pagi hingga 3 petang dari Isnin hingga Jumaat.



Mereka turut menyediakan khidmat penghantaran termasuk untuk pelanggan yang mahu membuat infaq setiap Jumaat.

Bienda berkata, mereka turut bercadang membuka satu lagi cawangan gerai Papapau Bienda Gebu di Setapak yang akan diuruskan ibunya yang juga penyanyi, Sheeda.



Bienda yang berkahwin dengan Boy yang juga bekas penerbit di Media Prima Berhad pada 10 Oktober 2009 dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Lavienda Namiraz, 10; dan Laxiendra Namiraz, 8. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fealefea 3-3-2022 05:21 PM
Die ni cantik sungguh. laki da la hensem. cume takde aura sbb kelate vibe die jelas sgt.
Quote makadek 3-3-2022 05:36 PM
Laki bini muka elok
Quote Normabaru 3-3-2022 05:40 PM
Awalnya kami tak tahu nak jual makanan apa sehinggalah berjumpa dengan rakan pelakon, Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana pada Oktober tahun lalu untuk berbincang dan mereka cadangkan produk pau ini," katanya kepada Harian Metro.

Dah agak dah marketing..

Video dia TikTok make up tu muka before n after jelas ketara beza...huhu
Quote Perawankota 3-3-2022 05:49 PM
Gigi tu pakai veneer ke
Quote pxlbb 3-3-2022 09:50 PM
Eh cantik. Tp dulu kebiasaan je. Ternyata make up zaman dulu buat dia nanpak tak cantik.
Quote NonaNaga 3-3-2022 10:17 PM
aku tengok yg org viral tu pun dia sempat jeling...plan viral atau mmg org yg amik video minat kat dia ler tu
Quote salimrock 4-3-2022 09:38 AM
makadek: Laki bini muka elok


betul la,  bienda ni anak penyayi dangdut shida kan?

Quote awanysss 4-3-2022 10:56 AM
laa patut la masa tgk video tu aku terdetik  mcm muka bienda..
tp nmpk muda.. mmg cantik sgt dia ni..
laki dia pun helok..
semoga maju jaya..
Quote lasagna 4-3-2022 11:09 AM
salimrock replied at 4-3-2022 09:38 AM
betul la,  bienda ni anak penyayi dangdut shida kan?

iyaa.. cantik kan bienda? mebi ikot baka apaknya.
Quote wandacoffee 4-3-2022 11:22 AM
ade time tu gi Umrah sama2..mmg lawo,husband pun ensem...tp sedikit loud la..mcm dlm crowd malaysian tu..menonjol gak la,sebab loud huha huha dgn geng ke sedara mara dia...ntohhh...

Di sudut yg lain wife Dato Shukri pun same gak gi Umrah..low profile je..jubah colorful..lawa2...dato takda..tgh preggy rasanya time tu...
Quote likilu 4-3-2022 11:34 AM
Pakai punya' covered but namakan pau bienda gebu.

Objectifying self ni, xde beza dengan susu durian tetek kiri kanan percuma tu
Quote bintangct 4-3-2022 11:41 AM
Perawankota replied at 3-3-2022 05:49 PM
Gigi tu pakai veneer ke

kan nmpk gg mcm veneer.. dh mcm muka syura plak
Quote tipah89 4-3-2022 11:42 AM
cantik betul bienda ni eh
Quote pekanwoohoo 4-3-2022 11:48 AM
likilu replied at 4-3-2022 11:34 AM
Pakai punya' covered but namakan pau bienda gebu.

Objectifying self ni, xde beza dengan susu duria ...

Setuju. Niat mungkin nak sebut pau tu yang gebu, tapi Malaysian ni bukan boleh, nanti ditanya pulak yang gebu tu apa, bienda ke pau? Bienda gebu yang mana?
Quote mizruncing 4-3-2022 12:20 PM
lawa dia ni. penah jumpa masa kat downtown cheras. gebu je kulit dia. sesuai laa jual pau gebu tu
Quote AznieBunnie 4-3-2022 03:09 PM
dulu 1997-1998, dia dok 1 blok dgn kami, SriSuajaya Kondo, Sentul.
Selalu housemate main badminton dgn dia.
Mmg peramah pun.
Makin cantik dia sekarang
Quote yayanz 4-3-2022 06:43 PM
dia kan yg rahsia tarikh nikah sampai skrg xtau bila nikah.. ke salah

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.073273 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top