View: 3208|Reply: 16
|
Ramai Ingat Bienda Anak Dara, Serius Tak Sangka Gerai Pau Viral
[Copy link]
|
|
"au ini sebenarnya diusahakan suami dan saya hanya membantu saja. Namun, tak sangka pula dalam beberapa hari ini ia sudah 'viral'."
Itu kata penyanyi dan pelakon Bienda, 36, selepas tular video dia dilihat menjual pau di gerai tepi jalan berdekatan stesen minyak Petronas di Jalan Kuching, di sini.
Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razali ketika dihubungi berkata, perniagaan pau dikenali Papapau Bienda Gebu itu baru diusahakan suaminya, Kamarul Zariman Abdul Rahman atau Boy pada hujung Disember, tahun lalu.
Foto: IG
"Alhamdulillah, perniagaan ini baharu dua bulan kami jalankan. Suami yang sebenarnya nak memulakan perniagaan makanan, tapi paling utama mestilah produk berkualiti.
"Awalnya kami tak tahu nak jual makanan apa sehinggalah berjumpa dengan rakan pelakon, Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana pada Oktober tahun lalu untuk berbincang dan mereka cadangkan produk pau ini," katanya kepada Harian Metro.
Bienda yang sebelum ini memang sudah aktif berniaga tudung dan 'inner' di media sosialnya berkata, dia memang suka berniaga sejak dulu dan tak kisah jika berniaga di tepi jalan.
"Asalkan rezeki halal, produk pun berkualiti dan sedap. Hasil jualan ini juga kami dapat berkongsi rezeki dengan orang lain, saya tak kisah berniaga di tepi jalan.
"Saya bersyukur tiba-tiba saja gerai pau kami ditularkan dan sesungguhnya inilah rezeki serentak daripada Allah yang saya tak pernah sangka. Ramai orang sudah mula menghubungi saya untuk bertanyakan mengenai perniagaan ini dan saya okey saja untuk berkongsi. Bagi saya, lagi banyak kita berkongsi, semakin Allah murahkan rezeki," katanya yang berniaga di situ bermula jam 7.30 pagi hingga 3 petang dari Isnin hingga Jumaat.
Mereka turut menyediakan khidmat penghantaran termasuk untuk pelanggan yang mahu membuat infaq setiap Jumaat.
Bienda berkata, mereka turut bercadang membuka satu lagi cawangan gerai Papapau Bienda Gebu di Setapak yang akan diuruskan ibunya yang juga penyanyi, Sheeda.
Bienda yang berkahwin dengan Boy yang juga bekas penerbit di Media Prima Berhad pada 10 Oktober 2009 dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Lavienda Namiraz, 10; dan Laxiendra Namiraz, 8. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Die ni cantik sungguh. laki da la hensem. cume takde aura sbb kelate vibe die jelas sgt. |
|
|
|
|
|
|
|
Awalnya kami tak tahu nak jual makanan apa sehinggalah berjumpa dengan rakan pelakon, Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana pada Oktober tahun lalu untuk berbincang dan mereka cadangkan produk pau ini," katanya kepada Harian Metro.
Dah agak dah marketing..
Video dia TikTok make up tu muka before n after jelas ketara beza...huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Eh cantik. Tp dulu kebiasaan je. Ternyata make up zaman dulu buat dia nanpak tak cantik. |
|
|
|
|
|
|
|
aku tengok yg org viral tu pun dia sempat jeling...plan viral atau mmg org yg amik video minat kat dia ler tu |
|
|
|
|
|
|
|
makadek: Laki bini muka elok
betul la, bienda ni anak penyayi dangdut shida kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
laa patut la masa tgk video tu aku terdetik mcm muka bienda..
tp nmpk muda.. mmg cantik sgt dia ni..
laki dia pun helok..
semoga maju jaya.. |
|
|
|
|
|
|
|
iyaa.. cantik kan bienda? mebi ikot baka apaknya.
|
|
|
|
|
|
|
|
ade time tu gi Umrah sama2..mmg lawo,husband pun ensem...tp sedikit loud la..mcm dlm crowd malaysian tu..menonjol gak la,sebab loud huha huha dgn geng ke sedara mara dia...ntohhh...
Di sudut yg lain wife Dato Shukri pun same gak gi Umrah..low profile je..jubah colorful..lawa2...dato takda..tgh preggy rasanya time tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Pakai punya' covered but namakan pau bienda gebu.
Objectifying self ni, xde beza dengan susu durian tetek kiri kanan percuma tu |
|
|
|
|
|
|
|
Perawankota replied at 3-3-2022 05:49 PM
Gigi tu pakai veneer ke
kan nmpk gg mcm veneer.. dh mcm muka syura plak |
|
|
|
|
|
|
|
cantik betul bienda ni eh |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju. Niat mungkin nak sebut pau tu yang gebu, tapi Malaysian ni bukan boleh, nanti ditanya pulak yang gebu tu apa, bienda ke pau? Bienda gebu yang mana?
|
|
|
|
|
|
|
|
lawa dia ni. penah jumpa masa kat downtown cheras. gebu je kulit dia. sesuai laa jual pau gebu tu |
|
|
|
|
|
|
|
dulu 1997-1998, dia dok 1 blok dgn kami, SriSuajaya Kondo, Sentul.
Selalu housemate main badminton dgn dia.
Mmg peramah pun.
Makin cantik dia sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
dia kan yg rahsia tarikh nikah sampai skrg xtau bila nikah.. ke salah |
|
|
|
|
|
|
| |
|