Liza Rafar dikejarkan ke hospital Putrajaya pada Rabu selepas mengadu sesak nafas ketika menjalani penggambaran drama berjudul Amanat Wasiat Sumayah.
Menurut adiknya iaitu Diana Rafar, Liza baru sahaja pulih daripada Covid-19 dan turut mengalami masalah anxiety. “Kak Liza memang ada anxiety dan dia baru sahaja pulih daripada Covid-19. “Mungkin disebabkan long Covid dan penggambaran yang terlalu lama menyebabkan dia sesak nafas di lokasi penggambaran. “Saya pun dapat tahu daripada kru produksi yang menghubungi saya memberitahu hal tersebut.
“Mereka kata Kak Liza terlalu lemah dan tidak boleh bernafas,” katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis. Bagaimanapun Diana berkata, kakaknya itu kini sudah berada di rumah dan sedang berehat. Tambahnya, doktor menasihatkan supaya Liza diberi pemantauan rapi dan dibawa semula ke hospital jika keadaan menjadi serius. “Selepas menerima rawatan di unit kecemasan, Kak Liza dibenarkan pulang dan dia sedang berehat di rumah. “Saya sendiri belum bercakap dengan dia. Biarlah berehat dahulu. “Dah lama juga dia tidak diserang anxiety yang teruk begini. Saya juga sangat risau sehingga tidak boleh tidur semalam,” ujarnya. Dalam masa sama, Diana turut berkongsi dia dan keluarga baru sahaja selesai menjalani tempoh kuarantin selepas dijangkiti Covid-19. Katanya, dia juga mengalami simptom sukar bernafas dan hilang selera makan. “Saya pun baru tamat kuarantin. Memang terasa sukar bernafas sekarang ini. Nak makan pun tidak ada selera dan asyik muntah. “Semoga kita semua dijauhkan dari virus ini,” ujar isteri kepada pelakon Zamarul Hisham ini. -CARI Sumber: mStar Online
|
akumak replied at 4-3-2022 12:22 AM
Sebelum the melvins dan the nasirs, the rafars ni dah mendonia ok… haha
akumak replied at 4-3-2022 12:22 AM
Sebelum the melvins dan the nasirs, the rafars ni dah mendonia ok… haha
akumak replied at 4-3-2022 12:22 AM
Sebelum the melvins dan the nasirs, the rafars ni dah mendonia ok… haha
akumak replied at 4-3-2022 12:22 AM
Sebelum the melvins dan the nasirs, the rafars ni dah mendonia ok… haha
ADVERTISEMENT