CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2525|Reply: 11

Liza Rafar Rebah Masa Shooting, Alami Sesak Nafas Dan Serangan Anxiety

[Copy link]
Post time 3-3-2022 04:32 PM | Show all posts |Read mode
Liza Rafar dikejarkan ke hospital Putrajaya pada Rabu selepas mengadu sesak nafas ketika menjalani penggambaran drama berjudul Amanat Wasiat Sumayah.


Menurut adiknya iaitu Diana Rafar, Liza baru sahaja pulih daripada Covid-19 dan turut mengalami masalah anxiety.


Foto: mStar Online




“Kak Liza memang ada anxiety dan dia baru sahaja pulih daripada Covid-19.


“Mungkin disebabkan long Covid dan penggambaran yang terlalu lama menyebabkan dia sesak nafas di lokasi penggambaran.


“Saya pun dapat tahu daripada kru produksi yang menghubungi saya memberitahu hal tersebut.


“Mereka kata Kak Liza terlalu lemah dan tidak boleh bernafas,” katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.


Bagaimanapun Diana berkata, kakaknya itu kini sudah berada di rumah dan sedang berehat.


Tambahnya, doktor menasihatkan supaya Liza diberi pemantauan rapi dan dibawa semula ke hospital jika keadaan menjadi serius.


“Selepas menerima rawatan di unit kecemasan, Kak Liza dibenarkan pulang dan dia sedang berehat di rumah.


“Saya sendiri belum bercakap dengan dia. Biarlah berehat dahulu.


“Dah lama juga dia tidak diserang anxiety yang teruk begini. Saya juga sangat risau sehingga tidak boleh tidur semalam,” ujarnya.


Dalam masa sama, Diana turut berkongsi dia dan keluarga baru sahaja selesai menjalani tempoh kuarantin selepas dijangkiti Covid-19.


Katanya, dia juga mengalami simptom sukar bernafas dan hilang selera makan.


“Saya pun baru tamat kuarantin. Memang terasa sukar bernafas sekarang ini. Nak makan pun tidak ada selera dan asyik muntah.


“Semoga kita semua dijauhkan dari virus ini,” ujar isteri kepada pelakon Zamarul Hisham ini. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2022 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Loh, selalu nampak acik nieyh berlakon, ropanya clan rafar.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Awat musim artis rebah ktika pform,live,blkon..
Roslan shah,
Pserta Bigstage
Ni lizarafar

Risau jg ya
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum the melvins dan the nasirs, the rafars ni dah mendonia ok… haha
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
akumak replied at 4-3-2022 12:22 AM
Sebelum the melvins dan the nasirs, the rafars ni dah mendonia ok… haha


Sblm tu The Ngasri's P
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 09:04 AM | Show all posts
akumak replied at 4-3-2022 12:22 AM
Sebelum the melvins dan the nasirs, the rafars ni dah mendonia ok… haha

the senrose's


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2022 09:06 AM | Show all posts
oh masih ada lagi the rafar;s dlm bidang artis , lakonan
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
semoga cepat sihat. lama dah kan dia ni berlakon. dari zaman muda2 dulu sebelum linda jadi artis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2022 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
salimrock replied at 4-3-2022 09:04 AM
the senrose's

jgn lupa Quinary M
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
akumak replied at 4-3-2022 12:22 AM
Sebelum the melvins dan the nasirs, the rafars ni dah mendonia ok… haha

Haruslah...teringat gambor itamputih tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
akumak replied at 4-3-2022 12:22 AM
Sebelum the melvins dan the nasirs, the rafars ni dah mendonia ok… haha

kaka seorang ja ka yang masih
menyayangi The Halims..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kakak dia yg ni kawen ngan Zack Idris yg dikatakan promising actor in mid 90s oleh kerana Johnny Bikin Filem... Lepas Penyair Malam senyap terus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.076378 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list