"Saya akan terlebih dahulu tampil dengan lima buah lagu sepanjang 2022 iaitu Y1, Y2, Y3, Y4 dan Y5 yang akan menjadi pelengkap.
"Saya ingin berikan masa buat peminat untuk menikmati lagu serta dapat merasai kaitan antara lagu-lagu berkenaan," katanya
Isteri kepada Adam Sinclair itu juga berharap peminat menyukai buah tangan baharunya sebagaimana dia menikmati proses pembikinan album berkenaan.
Sebagai seorang penyanyi yang tidak bernaung di bawah mana-mana syarikat pengurusan, Yuna berasa ia perjalanan projek terbabit cukup menakjubkan.
"Sepanjang 10 tahun, ini adalah kali pertama saya lakukan semua proses mengikut acuan sendiri. Ia adalah pengalaman menakjubkan," kata penyanyi yang menempah nama menerusi media sosial MySpace.
Ramai peminat yang sudah tidak sabar untuk mendengar lagu-lagu nyanyian Yuna sekali gus mendapatkan album baharunya.
Mereka memuji konsep imej yang ditonjolkan menerusi gambar promosi berkenaan.
Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang lebih suka melihat cara pemakaian Yuna pada awal kerjayanya terutama cara wanita itu memakai tudung.