CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17006|Reply: 176

Yuna Umum Album Ke-5, Netizen Pula Tegur Penampilannya

[Copy link]
Post time 3-3-2022 04:03 PM | Show all posts |Read mode


Penyanyi Yunalis Zara'ai atau mesra disapa Yuna itu giat mencorakkan karier nyanyiannya yang kini berpangkalan di Amerika Syarikat.


Menerusi platform media sosial, Yuna mengumumkan berita gembira buat peminatnya yang selama ini menantikan buah tangan baharu daripada wanita berusia 36 tahun itu.


Bakal tampil dengan album antarabangsa kelimanya pada penghujung tahun ini, kata Yuna, dia bagaimanapun terlebih dahulu melancarkan lagu demi lagu sebelum album penuh diedarkan.




  



"Saya akan terlebih dahulu tampil dengan lima buah lagu sepanjang 2022 iaitu Y1, Y2, Y3, Y4 dan Y5 yang akan menjadi pelengkap.


"Saya ingin berikan masa buat peminat untuk menikmati lagu serta dapat merasai kaitan antara lagu-lagu berkenaan," katanya




Sumber Twitter Yuna




Isteri kepada Adam Sinclair itu juga berharap peminat menyukai buah tangan baharunya sebagaimana dia menikmati proses pembikinan album berkenaan.


Sebagai seorang penyanyi yang tidak bernaung di bawah mana-mana syarikat pengurusan, Yuna berasa ia perjalanan projek terbabit cukup menakjubkan.


"Sepanjang 10 tahun, ini adalah kali pertama saya lakukan semua proses mengikut acuan sendiri. Ia adalah pengalaman menakjubkan," kata penyanyi yang menempah nama menerusi media sosial MySpace.




Sumber IG Yuna




Ramai peminat yang sudah tidak sabar untuk mendengar lagu-lagu nyanyian Yuna sekali gus mendapatkan album baharunya.


Mereka memuji konsep imej yang ditonjolkan menerusi gambar promosi berkenaan.


Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang lebih suka melihat cara pemakaian Yuna pada awal kerjayanya terutama cara wanita itu memakai tudung.


























Anda pula suka Yuna yang dahulu atau yang sekarang? - CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2022 04:31 PM | Show all posts
Ya Allah biar btl Yuna nie.. apooooooo..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 04:33 PM | Show all posts
Yeay x sabar... Go Yuna Go !!! pedulikan jah ummah yg sibuk dgan tudung n aurat pelbagai tu semua
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Yarabbi. Apa sudah jadi Yunna dey. Sambung cucuk hidung tu dgn tali ikat di pokok.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa kalau dia rasa terbeban, buka je lah tudung tu. Mula2 ja org akan bising. Lepas tu semua akan lupa. Tgk mcm Ungkasha. Relek2 ja.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesuai la dgn penyanyi di amarika sana
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2022 04:42 PM | Show all posts
i pun setuju dia buka je penutup rambut tu..
dah alang-alang tak jaga aurat pun..
boleh la fashion cenggini cenggitu sikit without rasa susah kena tutup kepala and takut kena kecam dengan acik bawang..
lagi pun market dia bukan orang malaysia..
tak yah takut pun kena boikot ke apa..
so go yuna..
buka la rambutmu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia penyanyi
Bukan ustazah kafa

Satu fakta yg hingga kini setazah2 internet sukar mau hadam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2022 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
alah yunaaaa, bukak jela terus serkup kepala tuu.. xpyh layan netizen2 msia ni.. menetap je terus sana.. balik sini sambut raya je.. okay?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 05:15 PM | Show all posts
buka je la terus serkup tu dan proceed dengan karier sedia ada... hujung2 serkup kepala pun kena attack dengan komuniti muslim yang toxic ni jugak... sambil tu deorang fefeeling konon terlepas di akhirat lepas menegur 1 benda yang takde kaitan dengan deorang mahupun berkait dengan dosa deorang yang lagi banyak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak habis2 menyibukkkk ngan aurat org.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa korang sibuk suruh dia buka tudung? Dia hanya nak berfesyen. Lantak dialah nak fesyen celah mana pun. Org promote lagu ni sibuk dengan tudung tudung tudung tudung tudung tudung tudung tudung tudung tudung hisyyyyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko pakai tudung kw x de tudung ke, hidung pesek jawa ko tetap menampakkan kau huduh.

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Biorla dia. Yg tanggung dosa dia bukan korang ponn
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 05:51 PM | Show all posts
Edited by addamnor at 3-3-2022 05:52 PM
annadonna replied at 3-3-2022 05:23 PM
Kenapa korang sibuk suruh dia buka tudung? Dia hanya nak berfesyen. Lantak dialah nak fesyen celah m ...

sbb sambil jual lagu, sheols pun jual identiti juga.. so fans got their right to question this and that,, and Yuna has lost the identity the fans from Malaysia are hoping for, identity beliau lagu dan sebenarnya tu yang orang duk rindu nak tengok..

saya pun rasakan better sheols all out jadi freehair shj lah, tak ada konsep hijab pun skarang.. nampak rengsa lagi ada lah. rimas nak buka tanak buka, tapi dedah2.. nak apa actually?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 05:55 PM | Show all posts
freehair je lah yuna oiii...dari berjuntai juntai gitu ngan subang idong dah mcm hape jer..kau hengat lawa ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2022 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp lagu2 baru dia aku cam takbleh masuk sgt, mungkin sbb dah tua. Lagu time myspace dulu sedap hari2 dgr.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
missbigrockstar replied at 3-3-2022 04:36 PM
Aku rasa kalau dia rasa terbeban, buka je lah tudung tu. Mula2 ja org akan bising. Lepas tu semua ak ...

Kan....sbb tu yg masuk industri hiburan ni tak payah lah nk bugkus awal2 sgt hanya sb netizen duk ckp lawa bila bungkus kepala...nk bungkus2 ni keluar terus dr industri hiburan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Cam malas nak komen..hujung2 nnt kita jugak yg disalahkn bukan diri sndiri..yuna skang bkn yuna yg dlu tahap sntap tu ya rabbi seiring dgn usia kut. Lantak mu la u get wat u deserve giteww.tp netz pun kelakar dowh.. cerca bab aurat tudung jap lg berkuntum kat youtube yuna komen she's frm malaysia, so proud lah yada yadaa ..luls
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
aku yang bukan retis ni pun tau perangai netizen yang hazab ni macam mana. patutnya retis ni lagi tahu benda yang leh provoke netizen, tapi nak jugak buat, pastu merempan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.155870 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list