Penyanyi bersuara emas, Ernie Zakri akui berasa gemuruh menantikan Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) yang akan bersiaran langsung pada Ahad ini.
Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Ernie berkongsi foto dirinya menjalani sesi penggambran promosi AJL tidak lama dahulu dan turut mengira detik tibanya acara berprestij itu.
Seperti diketahui umum, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri,30 melahirkan cahaya mata perempuan pada 22 Februari lalu. Susulan itu, besar kemungkinan pelantun Boneka ini tidak dapat beraksi di pentas AJL kerana masih dalam pantang.
Di ruangan komen, peminat membanjirinya dengan pelbagai spekulasi mengenai penyanyi yang akan menggantikan Ernie kelak. Antara nama yang disebut-sebut Dayang Nurfaizah, Aishah Aziz, dan ibu serta bapa saudaranya, Ziana Zain dan Anuar Zain. Tidak terkecuali, suami Ernie yang juga penyanyi popular, Syamel juga antara figura dikatakan berpotensi untuk menggantikannya. Terdahulu, memetik laporan Utusan Malaysia, Ernie telah memaklumkan dia sudah mempunyai pengganti bagi menyanyikan lagu Boneka yang bakal dipertandingkan AJL 36. Menurut Ernie, dia memilih penyanyi tersebut atas dasar kriteria yang sudah ditetapkan sendiri olehnya dan turut memberi kebebasan buat penyanyi berkenaan untuk menyampaikan lagu tersebut. Sumber: Murai
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|