CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1400|Reply: 3

Anuar, Ziana Atau Suami Sendiri Bakal Ganti Ernie Zakri Di AJL36?

[Copy link]
Post time 3-3-2022 03:24 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi bersuara emas, Ernie Zakri akui berasa gemuruh menantikan Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) yang akan bersiaran langsung pada Ahad ini.


Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Ernie berkongsi foto dirinya menjalani sesi penggambran promosi AJL tidak lama dahulu dan turut mengira detik tibanya acara berprestij itu.




  



Seperti diketahui umum, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri,30 melahirkan cahaya mata perempuan pada 22 Februari lalu.


Susulan itu, besar kemungkinan pelantun Boneka ini tidak dapat beraksi di pentas AJL kerana masih dalam pantang.




  



Di ruangan komen, peminat membanjirinya dengan pelbagai spekulasi mengenai penyanyi yang akan menggantikan Ernie kelak.


Antara nama yang disebut-sebut Dayang Nurfaizah, Aishah Aziz, dan ibu serta bapa saudaranya, Ziana Zain dan Anuar Zain.


Tidak terkecuali, suami Ernie yang juga penyanyi popular, Syamel juga antara figura dikatakan berpotensi untuk menggantikannya.




Kredit foto: IG Ziana/Ernie/Anuar




Terdahulu, memetik laporan Utusan Malaysia, Ernie telah memaklumkan dia sudah mempunyai pengganti bagi menyanyikan lagu Boneka yang bakal dipertandingkan AJL 36.


Menurut Ernie, dia memilih penyanyi tersebut atas dasar kriteria yang sudah ditetapkan sendiri olehnya dan turut memberi kebebasan buat penyanyi berkenaan untuk menyampaikan lagu tersebut.




Sumber: Murai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2022 04:16 PM | Show all posts
nama Ena Bedul tak sebut ke? menggelupoh fanatik Ena Bedul jap lagi kata Ernie tak recognize bakat Ena Bedul....hihihii
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
yahooo anuar zain ada…. ajl ni asyik jemput set set rock kapak je performance filler kat ajl….
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 04:27 PM | Show all posts
Angin sepoi2 kentut yang kata Aisyah Aziz tu meols restu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.036360 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list