CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jejak Kasih 20 Tahun, Azah Aziz Menangis Peluk Adik-beradik

3-3-2022 03:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 17334| Komen: 91

Description: Pelakon Era 90-an, Azah Aziz terharu apabila dapat berjumpa kembali dengan abang kandungnya selepas 20 tahun tidak bersua.
Kredit foto: IG


Pelakon Era 90-an, Azah Aziz terharu apabila dapat berjumpa kembali dengan abang kandungnya selepas 20 tahun tidak bersua.

Azah atau nama penuhnya Noazah Aziz, 46, berpeluang berjumpa dengan abangnya selepas pulang ke Malaysia baru-baru ini.



Selain abangnya, Azah turut bertemu dengan kakak kandungnya yang juga sudah empat tahun terpisah.

Azah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri itu dia memuat naik video saat berjumpa dengan abangnya pertama kali selepas dua abad.



Mereka berdua berpelukan dan menangis kerana sebak dan rindu antara satu sama lain.

Azah yang pulang ke Malaysia beberapa hari lalu itu turut berjumpa dan bersua dengan rakan artis seperti pengacara Sharifah Shahira.



Pelakon berkulit hitam manis itu berkahwin dengan Daud Leroy Abdullah dan menetap di Montreal, Kanada.

Pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya matai aitu Aaron, 23, Ryan, 16, dan Justin, 13.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KirazMevsimi 3-3-2022 03:21 PM
lama nya tak jumpa. selamat pulang dan bercuti
Quote imanamsyar 3-3-2022 03:56 PM
20 tahun? langsung xbalik ke camna.. raya xbalik ke.. ke abang n kakak ni terpisah sejak lahir..i is xpaham la..
Quote sue_liah 3-3-2022 04:16 PM
bukan dia ada je ke balik msia sebelum2 covid tu

jumpa kawan2 retis, yg balik dgn bujang hensem nya itu

bergaduh ke dgn abgnya sampai 20thun baru jumpa, tk faham pulak kt sini

Quote missbigrockstar 3-3-2022 04:19 PM
Seiras muka 3 adik beradik. Cantik azah ni aging gracefully. Stay beautiful jgn cucuk2 muka ok.
Quote prince_marhaen 3-3-2022 04:20 PM
teringat zaman-zaman Shira ikut Azah balik europe sana zaman zaman muda gonjeng dulu Shira buat extension rambut dreadlocks panjang gila warna blonde, terpaling fesyen lah balik malaysia masa tu.... ekekekekeke...
Quote kucingitam 3-3-2022 04:52 PM
azah ni bagus..takde nak cocok sana sini, potong itu ini..
Quote makadek 3-3-2022 04:59 PM
Suka tgk dia berlakon
Quote umbut 3-3-2022 05:33 PM
imanamsyar replied at 3-3-2022 03:56 PM
20 tahun? langsung xbalik ke camna.. raya xbalik ke.. ke abang n kakak ni terpisah sejak lahir..i is ...

Mak bapak dia dah lamaaaaaa meninggal. Maybe ada ler beberapa tahun sekali balik jumpa sedara mara dan kawan2 yg abg maybe dok jauh busy ke susah nak jumpa.. Tak silap adik beradik dia ni ramai 9 ke 10 dan azah anak bongsu. Gitu aku speku
Quote hotmak 3-3-2022 05:47 PM
handsome abang dia, dgn iols nangis sekali tgk smlm, yelah 20 tahun tak jumpa, dia bukan peduli covid ke apa selamba je dipeluknya adik beradik shira tu semua
Quote beatgirlX 3-3-2022 05:51 PM
Dia ni antara pelakon yg clean la jgk ..pastu walau kawen si Daud tetap x bangga sgt mcm setengah retis tu ????
Quote SANKURIANG 3-3-2022 06:24 PM
beatgirlX replied at 3-3-2022 05:51 PM
Dia ni antara pelakon yg clean la jgk ..pastu walau kawen si Daud tetap x bangga sgt mcm setengah re ...

Retis satu lagi yg kawen dgn “Daud” tu pe citer dia sekarang? Tak ada apa2 update pun, ke dah terus tak nak balik ke Msia....
Quote ctkusiam 3-3-2022 06:25 PM
Cantiknyer Azah aziz
Quote me12345 3-3-2022 06:30 PM
Edited by me12345 at 3-3-2022 07:36 PM

Seronoknye..actually bila parents dh meninggal, kalau takde yg menyatukan adik beradik mmg akan berpecah dan jarang jumpa..nak2 kot dlm family ada yg suka mengadu menyampaikan dan melaga2kan..mmg boleh putus ..
Quote dejure 3-3-2022 06:44 PM
Kkdg terpikir juga mcm manalah akidah dia ni..tgk dia laki bini selamber aje minum wine,dahlah separuh usia dia habis kat oversea.
Quote jihyomelly 3-3-2022 06:47 PM
SANKURIANG replied at 3-3-2022 06:24 PM
Retis satu lagi yg kawen dgn “Daud” tu pe citer dia sekarang? Tak ada apa2 update pun, ke dah te ...

dah blk mesia merata dah gi makan dgn kengkawan dia..dah vaccine gamaknya
Quote jihyomelly 3-3-2022 06:48 PM
me12345 replied at 3-3-2022 06:30 PM
Seronoknye..actually bila parents dh meninggal, kalau takde yg menyatukan adik beradik mmg akan berp ...

betul..ada adik bradik yg menyampai mak sedara menyampai jd baru api..abih la pecah belah keluarga..
Quote sarah_ary2 3-3-2022 06:51 PM
Dia ni mcm muka Aishu kan sekali pandang kalau tgk gambo dgn kakak dia tue. Cantik dia ni teringat drama muda muda dulu huhuuuu
Quote Lavender_Violet 3-3-2022 06:59 PM
dejure replied at 3-3-2022 06:44 PM
Kkdg terpikir juga mcm manalah akidah dia ni..tgk dia laki bini selamber aje minum wine,dahlah separ ...

Kan? Aku pun terfikir bnda sama.
Sheols ni kat sana join NGO menyokong LGBT
Anak2 sheols pun aku rasa tak didedahkan dgn cara hidup Islam
Kita doa kan aje lah semoga she and her family diberi petunjuk dan hidayah, kekal dlm Islam sebelum nyawa dicabut dari badan
Quote bedahmenjuyah 3-3-2022 07:05 PM
20 tahun tu dua abad. Sapa tulis artikel ni. Ko sekolah tak dik? Ambik srp tak?

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 1.267202 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top