Pasangan penyanyi kegemaran ramai, Syamel dan Ernie Zakri mengumumkan nama anak perempuan mereka pada hari ketujuh selepas kelahirannya.
Kedua-dua selebriti ini masing-masing berkongsi gambar memaparkan gambar tangan mereka bertiga dengan tulisan Nur Khawla Soleha.
"Assalamualaikum. Seamat datang ke dunia, Nur Khawla Soleha. Semoga menjdi anak solehah daddy dan ibu, membesar dengan penuh keberkatan dan rahmat Allah SWT," tulis Ernie pada ruangan keterangan gambar.
Selain itu, turut disertakan tanda pagar #CallMeKhawla (Panggil Saya Khawla) jelas menunjukkan ia adalah nama panggilan yang digunakan oleh Ernie dan Syamel untuk buah hati tercinta.
Perkongsian itu mendapat perhatian bukan hanya daripada rakan artis tetapi juga peminat mereka. Rata-rata, ramai yang mendoakan kesejahteraan Khawla dan semoga dia membesar menjadi penyejuk hati kedua ibu bapanya.
Terdahulu, pemilik nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakri itu melahirkan anak sulung mereka pada 22 Februari lalu di salah sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
Ernie dan Syamel diijabkabulkan pada 26 Mac tahun lalu di Masjid Puncak Alam.
Cukup bermakna hadiah ulang tahun perkahwinan pertama mereka ya! -CARI