Sebagai ibu, pelakon, Ozlyn Wati mengakui dirinya berasa amat lega kerana dikurniakan anak-anak yang amat menitikberatkan mengenai soal penjagaan waktu solat lebih-lebih lagi ketika solat Subuh.
Menurut Ozlyn, kesemua anak-anaknya itu amat mudah untuk dikejutkan daripada tidur dan mereka juga tidak meragam. Tambah menyenangkan hatinya lagi, anak-anaknya itu juga dikatakan menunaikan solat dalam keadaan yang sangat tertib dan tidak terlihat seperti terpaksa. “Yang penting diorang pesan kejut subuh. Kejut pun senang. Tak cranky. Moleiq selalunya kalau cukup tidur memang tiada masalah untuk kejut bangun. Selalu macam ni la lepas Subuh.
“Bagi salam je kadang tak sempat doa dia dok terlepek. Kalau mood dia ok dia yang request nak bacakan doa. Macam anak perempuan ni nak kejutkan lebih senang dari anak laki. Anak perempuan bagi salam, panggil nama je terus bergerak dan bukak mata. “Anak laki kadang kena tonyoh muka tu baru nak bangun. Subuh tadi Abang Haziq dengan Sodiq je ngaji. Chantiq dan Moleiq kita belanja asar nanti. So bagi diorang rest dulu sebab bangun tak nangis dan solat pon bagus tertib takde hempas-hempas badan. “Tapi berani la pula diorang hempas badan depan mama diorang. Nak kena hempas balik ke?,” tulisnya.
|
.HannahMontana. replied at 2-3-2022 06:27 PM
artis wayang kuat
Meiizu replied at 2-3-2022 10:43 PM
Kenapa dia ni suka wat writing pasal anak2 solat...aku takleh husnozon
Sazreena replied at 2-3-2022 11:14 PM
Sorry to say..walaupun bagus amalan dia sekeluarga berjemaah apa semua, tadabur quran sekeluarga tap ...
Sazreena: tiadalah maknanya kalau menayangkan aurat
ADVERTISEMENT