Degupan jantung bayi menurun setiap kali kontraksi membuatkan pelakon Iman Suhana panik ketika menunggu saat-saat melahirkan anak keduanya, 22 Februari lalu.
Berkongsi detik cemas itu, Iman atau nama sebenarnya Norsuhana Maria Mohamad Wahid berkata, masalah itu timbul disebabkan tali pusat bayinya terbelit di leher. "Sebenarnya saya hampir nak dibedah, tapi disebabkan kepala baby memang dah dekat bawah sangat, doktor suruh push juga. "Masa anak pertama, tali pusat terbelit masa nak keluar. Kali ini pun ada masalah juga. Bila kontraksi saja, degupan jantung baby menurun.
"Rupa-rupanya doktor kata masa kontraksi itu, tali pusat terbelit dekat leher baby juga. Risau juga, sebab masa pembukaan dah 10 sentimeter, tiba-tiba jantung baby menurun sangat. "Saya siap dapat bantuan oksigen untuk sampaikan pada baby. Alhamdulillah, doktor kawal dengan baik sehingga saya selamat bersalin," katanya kepada mStar.
|
ADVERTISEMENT