CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 822|Reply: 1

Jantung Bayi Menurun, Dah Terbelit Tali Pusat- Iman Suhana Sempat Push Elak Kena Bedah

[Copy link]
Post time 2-3-2022 10:40 AM | Show all posts |Read mode
Degupan jantung bayi menurun setiap kali kontraksi membuatkan pelakon Iman Suhana panik ketika menunggu saat-saat melahirkan anak keduanya, 22 Februari lalu.


Berkongsi detik cemas itu, Iman atau nama sebenarnya Norsuhana Maria Mohamad Wahid berkata, masalah itu timbul disebabkan tali pusat bayinya terbelit di leher.




Foto: IG




"Sebenarnya saya hampir nak dibedah, tapi disebabkan kepala baby memang dah dekat bawah sangat, doktor suruh push juga.


"Masa anak pertama, tali pusat terbelit masa nak keluar. Kali ini pun ada masalah juga. Bila kontraksi saja, degupan jantung baby menurun.


"Rupa-rupanya doktor kata masa kontraksi itu, tali pusat terbelit dekat leher baby juga. Risau juga, sebab masa pembukaan dah 10 sentimeter, tiba-tiba jantung baby menurun sangat.


"Saya siap dapat bantuan oksigen untuk sampaikan pada baby. Alhamdulillah, doktor kawal dengan baik sehingga saya selamat bersalin," katanya kepada mStar.




  



  



Sebelum ini, pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu berkongsi berita gembira dia selamat melahirkan bayi perempuan pada 22 Februari lalu di KPJ Rawang.


Malah, Iman turut berkongsi nama puteri keduannya iaitu Muna Laiqa yang lahir seberat 2.7 kilogram.




  



Dalam pada itu, Iman meluahkan rasa syukur apabila suaminya dapat menemaninya sepanjang proses bersalin bayi kedua mereka.


"Walaupun waktu sekarang tengah Covid-19 tapi nasib baik suami boleh teman. Cuma dia kena buat ujian calitan juga sebelum masuk dewan bersalin.


"Masa bersalin anak pertama pun suami teman. Walaupun dah anak kedua, tapi tetap juga ada perasaan seram nak masuk dewan bersalin.




  



"aling saya takkan lupa waktu kontraksi. Memang trauma. Sampai sekarang saya masih ingat sakit ketika kontraksi," ujarnya.


Untuk rekod, Iman berkahwin dengan ahli perniagaan, Shazwan Ibrahim pada 16 Mac 2018 dan turut mempunyai seorang anak perempuan bernama Maya Inara, 4. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2022 11:04 AM | Show all posts
dah jadi mommy rupanya..ingatkan bujang lagi.tahniah iman suhana.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.069552 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list