Beberapa tahun yang lepas, Nokia telah dibeli oleh Mircosoft dengan harga ASD 350 Juta (RM1,467,200,000) maka Nokia sudah tidak sama seperti dahulu.
Nokia yang sekarang ini hanya digunakan untuk TWS (True Wireless Audio), Televisyen dan fon kepala, OFF Global dari perancis telah membayar perlesenan Nokia untuk menyertai pasaran komputer riba dengan menggunakan nama itu.
Petikan dari Amanz, siri Nokia PureBook ini telah dikemaskini dengan PureBook 17.3 dan PureBook 15.6 semalam. Komputer riba ini mempunyai Windows 11, cip intel Core i3-1220p, memori 8GB RAM, storan SSD sebesar 512GB dan bateri sebesar 63/57 Whr. Bahkan juga, kerangka komputer riba itu diperbuat daripada aluminum dan papan kekunci hadir dengan sokongan lampu dan pad sesentuh. Komputer riba ini juga mempunyai 2 USB-C, 1 USB-A, dan bicu audio 3.55mm, berat untuk PureBook 17.3 adalah 2.5kg manakala PureBook 15.6 pula adalah 1.7kg. Difahamkan ini bukan kali pertama Nokia cuba menyertai dunia komputer riba, pada tahun 2020, Nokia pernah cuba melancarkan komputer riba Nokia PureBook X14 tetapi ianya hanya dikeluarkan di India sahaja dalam pada masa yang pendek. Seperkara lagi, Harga Nokia Purebook 17.3 adalah €799 (RM3750) dan untuk Nokia PureBook 15.6 pula €699 (RM2812), komputer riba akan dijangka pada pertengahan tahun ini di Eropah dahulu. -CARI |
musangbodoh replied at 1-3-2022 07:45 PM
storan 512gb...ehhh mcm ketinggalan je
_blackbird replied at 2-3-2022 01:34 PM
SSD 512gb mana ada ketinggalan utk mediocre mcm ni. u expect dpt 1tb ke harga 2k++
musangbodoh replied at 2-3-2022 07:32 PM
harga xde masalah...kalo beri 3 tera pun letak 12k pun...aku ok je...errr paham x
ADVERTISEMENT