CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pening, Selut Dah Mula Keras! Banjir Dah Surut, Air Pula Tak Ada

1-3-2022 02:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2070| Komen: 19

Kuala Berang: Selepas diuji dengan bencana banjir tidak diduga beberapa hari lalu, penduduk di Hulu Terengganu kini terpaksa berdepan gangguan bekalan air yang menyukarkan kerja-kerja pembersihan.


Seorang penduduk di Kampung Bukit Gemuroh, di sini, Mohd Shahrul Kassim, 30, berkata ketiadaan air menyebabkan selut yang menyelaputi rumahnya setebal lebih tiga inci menjadi keras dan semakin sukar untuk dibersihkan.


Foto: Harian Metro

"Selut ini perlu dicuci segera kerana semakin lama dibiarkan akan menjadi keras dan susah untuk dibersihkan. Tambahan pula semua barangan rumah dipenuhi selut yang perlu dibersihkan satu persatu, itu pun banyak barang yang rosak dan telah dibuang.


"Setakat ini, saya hanya sempat bersihkan rumah ayah (Kassim Mamat, 73) yang juga terletak di kampung ini. Rumah saya belum sempat lagi dibersihkan," katanya ketika ditemui di rumahnya.

Mohd Shahrul berkata, kerja pembersihan terpaksa dihentikan pada waktu malam kerana keadaan gelap berikutan kawasan rumahnya turut mengalami gangguan bekalan elektrik.

Dia yang bekerja sebagai buruh binaan berkata, banjir luar biasa yang melanda pada pagi Ahad lalu menyebabkan rumahnya ditenggelami air sedalam satu meter.

Katanya, bencana yang berlaku secara tiba-tiba itu menyebabkan semua barangan berharga dan perkakas rumah seperti mesin basuh, peti sejuk, kereta serta motosikal tidak dapat diselamatkan.

Sementara itu, Noor Syahirah Riffin, 26, berkata dia terpaksa berulang-alik mengangkut air menggunakan baldi di sungai berdekatan untuk mencuci rumahnya di Kampung Bukit Gemuroh.

Katanya, kaedah itu menyebabkan kerja pembersihan mengambil masa yang lama dan selut akan menjadi semakin keras.

"Kalau ada air proses mencuci rumah biasanya akan selesai dalam tempoh seminggu atau dua minggu, ini pula tiada air sudah tentu ambil masa yang lebih lama," katanya.

Menurutnya, dia bersama adik-beradiknya kini sedang berusaha mengepam air dari sungai untuk disalurkan ke dalam rumah bagi memudahkan kerja pembersihan.

Katanya, banjir bersama arus deras pada Ahad lalu hanya berlaku kira-kira lapan jam bermula 7 pagi, namun proses pembersihan amat memenatkan dan mengambil masa yang lama kerana semua barangan rumah tunggang-langgang.

Semalam, Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (Satu) dalam kenyataan memaklumkan 44 kawasan di Hulu Terengganu mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas Loji Rawatan Air (LRA) di daerah itu terpaksa dihenti tugas.

Keadaan itu disebabkan air mentah yang masuk ke rumah pam sangat keruh dan melepasi keupayaan reka bentuk loji, manakala jangkaan untuk LRA itu kembali beroperasi sepenuhnya tidak dapat dipastikan.

Menurut kenyataan itu, empat lori tangki air digerakkan secara berperingkat ke kawasan terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Paris19 2-3-2022 06:06 AM
Semoga semua mangsa banjir dipermudahkan urusan
Quote glump 2-3-2022 07:19 AM
Wife n anak2 PM Tak datang tolong cuci ke?
Quote zidane_ziege 2-3-2022 07:55 AM
maaf..negeri anda bukan negeri kesayangan kerajaan malaysia mcm negeri selangor..

nak jadi negeri kesayangan? undi yg lain drp yg biasa kamu undi..Insya Allah ada masalah sikit.. mesti masuk tv3 seminggu
Quote mejaputih 2-3-2022 08:03 AM
zidane_ziege replied at 2-3-2022 07:55 AM
maaf..negeri anda bukan negeri kesayangan kerajaan malaysia mcm negeri selangor..

nak jadi negeri k ...

i could not agree more.

semoga dipermudahkan urusan mangsa2 di sana.
berat mata memandang, berat lg bahu memikul.
Quote orion_pax 2-3-2022 08:33 AM
Air tak ada?come on laa…rakyat kena ingat apa yg MP bachok cakap..iaitu berdoa….
Quote manzilla 2-3-2022 09:19 AM
Musim kemarau air tiada sebab kemarau. Musim hujan air tiada sebab hujan. Air hanya ada musim perantau pengundi PIS "goyang tulur di negeri orang" balik kampung beramai-ramai.
Quote supernaturalee 2-3-2022 09:26 AM
cer klu state ni yg nk prn sikit hr lagi
mau berdoyong tibo...

Quote shernazz 2-3-2022 10:37 AM
Tukar ganu kepada.johor
Semua sanggup.turun on the spot dan semua bajet akan diberi pada semua ...
Yeahhhhhhhh

Quote gujiwa 2-3-2022 12:14 PM
jenuh kalau lumpur keras adoihai.. belum masuk bau lagi..
moga dipermudahkan urusan
Quote monreyes 2-3-2022 12:18 PM
bukan ke kalau keras lagi senang buang guna cangkul
Quote msdummy.2018 2-3-2022 12:27 PM
Mmg kalo banjir air kena catu..tuh blum ckp klorin lagi...org xkena banjir apa tau???tau menyalak jer
Quote TeropongThaico 2-3-2022 12:38 PM
Kesian..  Moga dipermudahkan segalanya
Quote Buritan 2-3-2022 01:00 PM
glump replied at 2-3-2022 07:19 AM
Wife n anak2 PM Tak datang tolong cuci ke?

Maaf .. prn joho lebih penting dr andaa..
Quote Buritan 2-3-2022 01:01 PM
shernazz replied at 2-3-2022 10:37 AM
Tukar ganu kepada.johor
Semua sanggup.turun on the spot dan semua bajet akan diberi pada semua ...
Y ...

Sian depa.. berita pung mcm ala kadar jahh
Quote shernazz 3-3-2022 11:19 AM
Buritan replied at 2-3-2022 01:01 PM
Sian depa.. berita pung mcm ala kadar jahh

Tu la pasal..
Kena prn dolu baru mcm2 janji yang dicapati tu dibuat
Quote Artemesiaa 3-3-2022 11:57 AM
Bila yang dipilih tak menjalankan tugas yang diamanahkan apa nak dikata
Quote cmf_Strawberry 3-3-2022 12:43 PM
Untuk penduduk Pantai Timur, tolongla undi PH lepas ni. Sebab korang semua kata PH hancingla, macam2lah.. pemimpin PH at least tak berani weeii nak buat dunno je biarkan rakyat takda air, tebang balak merata. Baru je kuning nak sakau balak, kecoh satu negara terpaksa cancel. Sapa untung, rakyat juga untung.
Quote Kitty_catz 3-3-2022 01:03 PM
ehh dengkiker takde program singing lengan masak2 ke chuolsss?

Quote Buritan 3-3-2022 02:17 PM
shernazz replied at 3-3-2022 11:19 AM
Tu la pasal..
Kena prn dolu baru mcm2 janji yang dicapati tu dibuat

Aku next pru tak mo undi dah.. bg aku depa semua ni takde pekdah utk mesia pung.. patut mesia ni ade raje dgn pekerja gonen.. politaik ni elok jd tukang cucj jmbn jah... seko seko muke tara gune

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.134220 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top