View: 1444|Reply: 19
|
Pening, Selut Dah Mula Keras! Banjir Dah Surut, Air Pula Tak Ada
[Copy link]
|
|
Kuala Berang: Selepas diuji dengan bencana banjir tidak diduga beberapa hari lalu, penduduk di Hulu Terengganu kini terpaksa berdepan gangguan bekalan air yang menyukarkan kerja-kerja pembersihan.
Seorang penduduk di Kampung Bukit Gemuroh, di sini, Mohd Shahrul Kassim, 30, berkata ketiadaan air menyebabkan selut yang menyelaputi rumahnya setebal lebih tiga inci menjadi keras dan semakin sukar untuk dibersihkan.
Foto: Harian Metro
"Selut ini perlu dicuci segera kerana semakin lama dibiarkan akan menjadi keras dan susah untuk dibersihkan. Tambahan pula semua barangan rumah dipenuhi selut yang perlu dibersihkan satu persatu, itu pun banyak barang yang rosak dan telah dibuang.
"Setakat ini, saya hanya sempat bersihkan rumah ayah (Kassim Mamat, 73) yang juga terletak di kampung ini. Rumah saya belum sempat lagi dibersihkan," katanya ketika ditemui di rumahnya.
Mohd Shahrul berkata, kerja pembersihan terpaksa dihentikan pada waktu malam kerana keadaan gelap berikutan kawasan rumahnya turut mengalami gangguan bekalan elektrik.
Dia yang bekerja sebagai buruh binaan berkata, banjir luar biasa yang melanda pada pagi Ahad lalu menyebabkan rumahnya ditenggelami air sedalam satu meter.
Katanya, bencana yang berlaku secara tiba-tiba itu menyebabkan semua barangan berharga dan perkakas rumah seperti mesin basuh, peti sejuk, kereta serta motosikal tidak dapat diselamatkan.
Sementara itu, Noor Syahirah Riffin, 26, berkata dia terpaksa berulang-alik mengangkut air menggunakan baldi di sungai berdekatan untuk mencuci rumahnya di Kampung Bukit Gemuroh.
Katanya, kaedah itu menyebabkan kerja pembersihan mengambil masa yang lama dan selut akan menjadi semakin keras.
"Kalau ada air proses mencuci rumah biasanya akan selesai dalam tempoh seminggu atau dua minggu, ini pula tiada air sudah tentu ambil masa yang lebih lama," katanya.
Menurutnya, dia bersama adik-beradiknya kini sedang berusaha mengepam air dari sungai untuk disalurkan ke dalam rumah bagi memudahkan kerja pembersihan.
Katanya, banjir bersama arus deras pada Ahad lalu hanya berlaku kira-kira lapan jam bermula 7 pagi, namun proses pembersihan amat memenatkan dan mengambil masa yang lama kerana semua barangan rumah tunggang-langgang.
Semalam, Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (Satu) dalam kenyataan memaklumkan 44 kawasan di Hulu Terengganu mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas Loji Rawatan Air (LRA) di daerah itu terpaksa dihenti tugas.
Keadaan itu disebabkan air mentah yang masuk ke rumah pam sangat keruh dan melepasi keupayaan reka bentuk loji, manakala jangkaan untuk LRA itu kembali beroperasi sepenuhnya tidak dapat dipastikan.
Menurut kenyataan itu, empat lori tangki air digerakkan secara berperingkat ke kawasan terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga semua mangsa banjir dipermudahkan urusan |
|
|
|
|
|
|
|
Wife n anak2 PM Tak datang tolong cuci ke? |
|
|
|
|
|
|
|
maaf..negeri anda bukan negeri kesayangan kerajaan malaysia mcm negeri selangor..
nak jadi negeri kesayangan? undi yg lain drp yg biasa kamu undi..Insya Allah ada masalah sikit.. mesti masuk tv3 seminggu |
|
|
|
|
|
|
|
i could not agree more.
semoga dipermudahkan urusan mangsa2 di sana.
berat mata memandang, berat lg bahu memikul.
|
|
|
|
|
|
|
|
Air tak ada?come on laa…rakyat kena ingat apa yg MP bachok cakap..iaitu berdoa…. |
|
|
|
|
|
|
|
Musim kemarau air tiada sebab kemarau. Musim hujan air tiada sebab hujan. Air hanya ada musim perantau pengundi PIS "goyang tulur di negeri orang" balik kampung beramai-ramai. |
|
|
|
|
|
|
|
cer klu state ni yg nk prn sikit hr lagi
mau berdoyong tibo...
|
|
|
|
|
|
|
|
Tukar ganu kepada.johor
Semua sanggup.turun on the spot dan semua bajet akan diberi pada semua ...
Yeahhhhhhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
jenuh kalau lumpur keras adoihai.. belum masuk bau lagi..
moga dipermudahkan urusan |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke kalau keras lagi senang buang guna cangkul |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg kalo banjir air kena catu..tuh blum ckp klorin lagi...org xkena banjir apa tau???tau menyalak jer |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian.. Moga dipermudahkan segalanya |
|
|
|
|
|
|
|
glump replied at 2-3-2022 07:19 AM
Wife n anak2 PM Tak datang tolong cuci ke?
Maaf .. prn joho lebih penting dr andaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 2-3-2022 10:37 AM
Tukar ganu kepada.johor
Semua sanggup.turun on the spot dan semua bajet akan diberi pada semua ...
Y ...
Sian depa.. berita pung mcm ala kadar jahh |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 2-3-2022 01:01 PM
Sian depa.. berita pung mcm ala kadar jahh
Tu la pasal..
Kena prn dolu baru mcm2 janji yang dicapati tu dibuat |
|
|
|
|
|
|
|
Bila yang dipilih tak menjalankan tugas yang diamanahkan apa nak dikata |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk penduduk Pantai Timur, tolongla undi PH lepas ni. Sebab korang semua kata PH hancingla, macam2lah.. pemimpin PH at least tak berani weeii nak buat dunno je biarkan rakyat takda air, tebang balak merata. Baru je kuning nak sakau balak, kecoh satu negara terpaksa cancel. Sapa untung, rakyat juga untung. |
|
|
|
|
|
|
|
ehh dengkiker takde program singing lengan masak2 ke chuolsss?
|
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 3-3-2022 11:19 AM
Tu la pasal..
Kena prn dolu baru mcm2 janji yang dicapati tu dibuat
Aku next pru tak mo undi dah.. bg aku depa semua ni takde pekdah utk mesia pung.. patut mesia ni ade raje dgn pekerja gonen.. politaik ni elok jd tukang cucj jmbn jah... seko seko muke tara gune |
|
|
|
|
|
|
| |
|