Datuk Seri Vida (DSV) dah ada PA baharu yang dikenali sebagai Qush atau nama sebenarnya Syed Qusyairi Syed Mahmud Iskandar, 26.
Dengar cerita gaji yang diberikan adalah RM10 ribu sebulan. Namun kata Qush nilai gaji bukan sebab utama dia mahu berkhidmat dengan usahwan tersebut kerana sekarang pun Qush sudah memiliki perniagaan sendiri dan pendapatan yang kukuh. Sebaliknya Qush mahu menimba lebih banyak pengalaman daripada Vida.
“Soal bayaran gaji itu saya letak di perkara ketiga atau keempat. Ia bukan sebab utama saya terima jawatan ini. “Bekerja dengan DSV bukan sekadar wang ringgit, ia lebih kepada pengalaman yang mahu saya peroleh dan belajar. “Saya juga ada perniagaan sendiri dan Alhamdulillah punya pendapat yang kukuh,” katanya kepada mStar Online.
Qush kata Vida adalah seorang yang sangat terbuka menerima pendapat orang muda untuk mencipta satu hasil yang lebih baik. “Saya melihat DSV seorang yang baik dengan pekerjanya. Beliau juga sering melakukan amal dengan menghulurkan bantuan kepada anak-anak tahfiz. Itu membuat saya tertarik untuk terima tawaran ini. “Kita semua tahu beliau seorang yang sangat spontan termasuk ketika mencipta kandungan di media sosial. “Walaupun sudah berpengalaman, beliau sedia dan terbuka menerima idea-idea baharu. Apa yang penting adalah hasil akhir sesebuah kandungan atau produk itu."
Qush cuba sebaik mungkin untuk bersikap profesional dan tidak mencampurkan urusan peribadi sendiri. “Betul, saya kena lupakan masa untuk berseronok. DSV mahu mengajar saya untuk berjaya dalam perniagaan. Jadi ini adalah peluang terbaik untuk saya.
“Saya tahu mungkin orang akan kaitkan dengan cerita-cerita peribadi apabila saya rapat dengan DSV. Sebagai pembantu peribadi beliau, saya amalkan sikap profesional. “Lama-lama nanti orang akan nampak hasil kerja kami bersama dan berhenti bercakap perkara tidak benar." -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|