CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Juri The Masked Singer Malaysia Didakwa Tak Cerdik, Remy Ishak Anggap Komen Netizen Itu Hiburan

25-2-2022 01:06 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8722| Komen: 75|Original author: Tatod


Aktor terkenal Remy Ishak sama sekali tidak terasa hati dengan komen dan kritikan netizen yang ditujukan buat juri-juri tetap program The Masked Singer Malaysia.

Tambahnya lagi, penonton rancangan itu sudah sedia maklum format rancangan berkenaan sejak dari musim pertama dan mungkin sebenarnya mereka tidak ambil peduli pun ketika juri membuat tekaan.


"Tidak mengapa kerana program ini untuk hiburan dan tidak ada yang ambil serius pun. 

"Mereka sedia maklum ia adalah konsep rancangan ini. Rasanya mereka pun sama-sama berhibur juga," kata Remy kepada Gempak.

Remy juga tidak berkecil hati walaupun juri-juri menjadi bahan bualan hanya kerana kegagalan mereka membuat tekaan identiti penyanyi di sebalik kostum yang peserta sarungkan.


Dia tidak merasakan kritikan yang diberikan oleh warga maya terhadap juri tetap program berkenaan sebagai bentuk kecaman.

"Kalau mereka katakan juri tak pandai atau tak cerdik atau tak peka industri nyanyian, tak apa.

"Kami semua sibuk dengan kerja dan hal masing-masing. Jadi, saya anggap saja komen itu sebagai hiburan," katanya.



Antara juri The Masked Singer Malaysia ialah Michael Ang, Amy Mastura, Ella, Zizan Razak dan Ramona Zam Zam.

Program itu dihoskan oleh Datuk AC Mizal. -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 25-2-2022 02:48 PM
memang kantoi pun juri2 saja buat diri macam tak cerdik lagi2 raja azura... si mak hayam michael ang yang kantoikan minggu lepas... ok la saja nak buat hiburan katanya... menarik jugak... lagipun kak engku pun dah kurang menjerit jadi penonton semua takde la rengsa dah
Quote marchikobonzo 25-2-2022 04:31 PM
apa dah jadi muka larasa
Quote Perawankota 25-2-2022 09:30 PM
Kita pon tau dorg saja buat2 bodo.. Tapi klu dh masuk season 2 pon nk buat benda sama, jadik bosan okk
Quote Missjass 25-2-2022 10:45 PM
dudaberhias replied at 25-2-2022 02:48 PM
memang kantoi pun juri2 saja buat diri macam tak cerdik lagi2 raja azura... si mak hayam michael ang ...

Yang btl2 npk buat2 bodoh Raja Azura,amy Mastura ngn angah.. Juri lain tkde la npk sgt
Quote doubleharmonic 25-2-2022 11:02 PM
dah sapa suroh ko teka menoreen buta jah keja? nek engku tu apa ke noreen sangat duk teka retis2 tua jah langsung tak kena dengan klu?
Quote beta_carotene 25-2-2022 11:04 PM
kalu Masked Singer USA baru2 ni Seladang (The Bull) dpt naib juara
Quote likecandy 25-2-2022 11:10 PM
dah mmg juri pon cakap merapu
seladang ni x beberapa sedap minggu ni, mcm biasa je
Quote doubleharmonic 25-2-2022 11:10 PM
apa ke noreen ko teka rizman ruzaini?
Quote likecandy 25-2-2022 11:13 PM
doubleharmonic replied at 25-2-2022 11:10 PM
apa ke noreen ko teka rizman ruzaini?

Yg editor pon satu, rizman ruzaini tu kan 2 org, kat gambar letak satu je
Quote beta_carotene 25-2-2022 11:14 PM
bottom 3:

periuk kera
aiskrim roti
mat penyu
Quote cikgojesss 25-2-2022 11:15 PM
benang baru ke ni? hodoh berkepamnya benang innih yihhh
Quote deebiz14 25-2-2022 11:15 PM
Meols nak rogol la tred nih.

Seladang kurang sikit malam nih. Rap tak jelas.

So list meols.

1. Orkid
2. Rambutan
3. Burung Hantu
4. Si Merak
5. Bujang Senang
6. Ratu Semut
7. Periuk Kera
8. Seladang
9. Mat Penyu
10. Aiskrim Roti
Quote irvene 25-2-2022 11:15 PM
kenapa banyak sgt juri masked singer malaysia ni? masked singer negara lain takde lak ramai mcm ni aku tgk
Quote DianaSaksen 25-2-2022 11:15 PM
Tmsm ni tuk channel astro warna nyah
Memang lah mengarut sikit.bukan tayang kat astro ria..
Quote Wayree 25-2-2022 11:17 PM
Kuokn lah si iman tuh... Rengsa meolz
Quote deebiz14 25-2-2022 11:17 PM
cikgojesss replied at 25-2-2022 11:15 PM
benang baru ke ni? hodoh berkepamnya benang innih yihhh

Kene rogol dahhh...
Mohon sesape bukakla tred baru.
Quote Wayree 25-2-2022 11:18 PM
Terus orkid liza jejak no 1
Quote GegarVaganja 25-2-2022 11:19 PM
Terus no 1 kan Orkid.
Quote deebiz14 25-2-2022 11:19 PM
Bottom 3

Sekrem roti
Ratu Semut
Periuk Kera

Sekrem roti last kot

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.034732 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top