Que Haidar, memaklumkan dirinya positif Covid-19. Perkhabaran tersebut dikongsikan pelakon filem popular Lagenda Budak Setan itu ketika ditemu bual.
Que berkata, dia kini mengalami kesemua simptom virus berkenaan serta kesukaran untuk bernafas. “Saya baru tahu dijangkiti virus Covid-19 ini semalam (kelmarin), semua simptom ada. Saya mengalami sakit kepala, demam, sakit sendi, selsema serta batuk. “Saya juga mengalami sedikit kesukaran untuk bernafas,” katanya.
Mengulas lanjut, Que memaklumkan dia sedang menjalani kuarantin kendiri di sebuah tempat yang disewa berdekat dengan rumahnya. Setakat ini, dia memberitahu keputusan ujian saringan Covid-19 bagi semua ahli keluarganya adalah negatif. Namunya katanya, kesemua anggota keluarganya akan melakukan semula ujian saringan dalam beberapa hari lagi.
“Saya sedang menjalani kuarantin kendiri di tempat kediaman yang saya sewa, tidak jauh dari rumah. “Sebenarnya tempat ini adalah ruang untuk pemandu saya berehat, memang saya sedia untuk dia, rupanya untuk saya pula.
“Setakat ini, semua ahli keluarga saya tiada apa-apa, negatif selepas membuat ujian saringan Covid-19. Tetapi, mereka akan melakukan semula ujian tersebut dalam beberapa hari lagi,” tuturnya. -CARI Sumber: Utusan
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|