|
Dengan pandemik yang melanda di seluruh dunia, sudah tentu orang ramai akan beralih untuk membeli barang-barang keperluan mereka secara atas talian.
Walau bagaimanapun ada pembeli dengan sengaja memberi penilaian (rating) yang rendah kepada penjual atas talian tanpa alasan yang munasabah. Ada satu ciapan yang tular di laman media sosial Twitter yang menceritakan seorang penjual kecewa dengan pembeli yang memberikan penilaian yang rendah di kedai atas talian tanpa sebab. Difahamkan, penjual itu pada mulanya bertanyakan kepada pembeli itu kenapa penjual itu diberikan penilaian yang rendah walaupun penjual itu menghantar barang dengan cepat dan barang itu dalam kondisi yang baik, tetapi pembeli itu menjawab soalan itu dengan perkataan "entah". Tambahan pula, pembeli itu seakan-akan tidak kisah tentang penjual tersebut dan hanya menjawab ayat-ayat pendek sahaja. Ramai netizen yang bersimpati kepada penjual tersebut dan meminta pembeli untuk tidak sesuka hati untuk memberikan penilaian yang rendah tanpa alasan yang munasabah. -CARI
|
KamikuP: Bole cuolls terangkan apa efek ...
+ rajin jugak baca rating n reason utk yg rate 1-2 star. Ada yg mmg sah2 silap seller. Tapi ada jugak yg rate seller 1-2 star sbb kurier hantar lambat.
asal brg selamat sampai & condition pun okay dah cukup. Tapi ada sekali aku terkena seller yg rude
baju yg aku beli dia poskan memang koyak. Dia mintak return balik tp aku malas nak keluar, aku click ajelah received n bg rate 3 star aje & remark reason baju koyak, dan2 dia rate aku 1 star & letak reason aku nak baju tu free??! Setan betul! KamikuP replied at 25-2-2022 11:24 AM
Bole cuolls terangkan apa efek jika buyer bagi rating rendah?
sarahmirza replied at 27-2-2022 08:42 AM
I takkan beli dari seller yang rating rendah


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-2-2026 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.475530 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.