Ramai penyanyi membuat persembahan atau konsert selepas hampir 3 tahun terpaksa melakukan persembahan secara 'online'. Walaupun persembahan dilakukan dengan SOP yang ketat, para peminat pasti teruja ingin bersua muka dengan penyanyi kesayangan mereka. Baru-baru ini penyanyi dan pelakon Andi Bernadee telah memuatnaik satu video di akaun Instagram miliknya. Kelihatan Andi sedang membuat persembahan di sebuah konsert. Begitu ramai peminat yang berkerumun dan menghulurkan tangan supaya disambut oleh penyanyi itu.
Tiba-tiba Andi telah menyambut tangan salah seorang peminatnya. Gadis itu kelihatan begitu gembira. Namun, video tersebut telah membuatkan ramai netizen 'tidak selesa' kerana tidak sepatutnya lelaki dan perempuan yang bukan mahram berpegangan tangan tidak kiralah jika lelaki itu artis sekali pun. Walaupun itu cuma video lama yang dimuatnaik semula oleh Andi, netizen seolah-olah menyalahkan Andi sahaja walaupun Andi tidak merancang untuk memegang tangan gadis tersebut kerana perbuatan itu berlaku secara spontan. Mungkin niat Andi hanya untuk bersalaman sahaja sebagai tanda terima kasih kepada peminatnya yang telah menyokongnya sejak dari dahulu. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju apabila Andi menyambut salam daripada gadis tersebut. Ada netizen yang mengatakan "jangan pegang tangan anak dara orang sesuka hati". -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|