CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shila Amzah Dah Pulang Ke Cyberjaya

23-2-2022 03:01 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5310| Komen: 19|Original author: Tatod

Description: Mengumumkan perceraiannya pada 8 Februari lalu, Shila Amzah yang sebelum ini pernah mendedahkan berpindah keluar daripada rumah miliknya di Cyberjaya kini sudah kembali ke kediaman itu.Kira-kira dua m ...

Mengumumkan perceraiannya pada 8 Februari lalu, Shila Amzah yang sebelum ini pernah mendedahkan berpindah keluar daripada rumah miliknya di Cyberjaya kini sudah kembali ke kediaman itu.

Kira-kira dua minggu lalu, anak kepada penyanyi N.D Lala itu memuat naik sekeping gambar di Instagram menunjukkan tangga yang menjadi penghubung tingkat atas dan bawah. 


Peminatnya kemudian menyedari bahawa penyanyi itu dan anaknya Seth Uwais sudah pulang ke rumah selepas sekian lama menunggu kes perceraiannya selesai.

Menerusi hantaran dua hari lalu, video menunjukkan mainan miliknya anaknya yang bersepah sekali lagi mencuri perhatian warga maya. Ada yang bertanya sama ada ruang yang dipaparkan dalam rakaman berkenaan adalah bahagian rumahnya di Cyberjaya atau sebaliknya.

Shila mengiyakan sekali gus mengesahkan dia sudah pulang ke rumah miliknya itu.


Rata-rata, ramai peminat yang mendoakan kesejahteraan dan kegembiraan buat penyanyi itu. 

Shila Amzah adalah antara 12 finalis yang berentap di pentas Anugerah Juara Lagu ke-36 yang bakal berlangsung pada 6 Mac hadapan mempertaruhkan lagu Pelukan Angkasa kolaborasinya dengan kumpulan SOG.

Terdahulu, pelantun lagu Patah Seribu itu berkahwin dengan Haris pada 2018 dan dikurniakan seorang anak lelaki. -CARI








Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supersudoku 23-2-2022 03:13 PM
Dia duduk kt setia eco ke..
Quote exclusive_vvip 23-2-2022 03:51 PM
supersudoku replied at 23-2-2022 03:13 PM
Dia duduk kt setia eco ke..

nampak mcm Mozart, Symphony Hills
Quote mizruncing 23-2-2022 04:13 PM
Alhamdulilah semoga baik2 je
Quote haruslah 23-2-2022 04:39 PM
Best nye rumah mampu trngok kat cyber
Quote sambaldurian 23-2-2022 04:43 PM
Loan sorg nama je kot, x pun cash - gitu cash. Klu joint loan berpumpang2 la nnti.jgn pulak laki tuntut harta sepencarian pulak.
Quote Matyein 23-2-2022 05:27 PM
cantik rumah...
Quote anony-mous 23-2-2022 05:52 PM
Good for her!! Sedap2 je ex jantan tu nk halau she. Muka xtau malu. Harap ex dia jgn kahwin2 la lepas ni. Family pon 2x5
Quote beta_carotene 23-2-2022 06:04 PM
Dia ni lepas je ada masalah apa2 mesti lepas tu perform and excel gila2. Mgkn jenis perlu kan drama dalam hidup utk function dgn baok
Quote rayriff 23-2-2022 10:58 PM
Semoga bangkit semula.
Quote dudaberhias 23-2-2022 11:12 PM
soo apa cer... kembali ke jejan heshe yang kepam tu ker atau dah selesai cerai sebab kaka tertinggal cerita pasal shila ni...

btw terkejut gila dulu sheols kahwin.. punya la cepat padahal masatu shila dah mendunia kat china... tup tup tiba2 kahwin... kalau la dia teruskan karier dia macam2 lagi boleh di capai... iols pun minat shila dulu2... padahal satu je lagu top dia patah seribu tu...
Quote enot_sibudak 23-2-2022 11:43 PM
sambaldurian replied at 23-2-2022 04:43 PM
Loan sorg nama je kot, x pun cash - gitu cash. Klu joint loan berpumpang2 la nnti.jgn pulak laki tun ...

xsilap dia cakap, ampun kalau salah dengar, loan dia tp nama bersama.. masa temubual melodi..
Quote fefeeling 23-2-2022 11:44 PM
Semoga yg baik2 saja utk shilalat dan anakandanya di masa mendatang
Quote de_ikea 23-2-2022 11:54 PM
Edited by de_ikea at 23-2-2022 11:56 PM

Tapi kalau tengok ig rumah shila @life.in.symphony tu dari julai 2021 memang dok buat ID. So bila pulak ex husband dia dok sorg dan pindah keluar.

Timeline mcm tak selari dgn cerita masa banjir.
Quote sambaldurian 24-2-2022 12:21 AM
enot_sibudak replied at 23-2-2022 11:43 PM
xsilap dia cakap, ampun kalau salah dengar, loan dia tp nama bersama.. masa temubual melodi..


Ow rs nya loan bersama, tp sorg je bayar kot. Kot la. Selalu org2 yg buat joint loan, nk nmpak income combined tu gah sikit.  Bolehla nk beli umah mahal. Skg ni kn umah mampu telan air liur je. Tgk rumah square feet x bape besar pun dah lebih rm200k.
Quote rayna_raynes 24-2-2022 01:23 AM
de_ikea replied at 23-2-2022 11:54 PM
Tapi kalau tengok ig rumah shila @life.in.symphony tu dari julai 2021 memang dok buat ID. So bila pu ...

Dia pindah keluar dari rumah tu November. Dari july tu dh ada bunga2 berantakan

Quote jargon 24-2-2022 01:50 AM
Duk symphony hills tp situ pool pon x funtion…clubhouse sendussss…setia eco glades meriah ye clubhouse…baik kau amik setia eco glades…lg2 setia marina 2 tuu wowww..

Quote TomyamPuteh 24-2-2022 09:29 AM
Aku tak reti nk komen bab2 rumah org ni.
Quote KucingBiru 24-2-2022 09:31 AM
Ramai retis dok Cyberjaya now.. Shilalat, Chepone, KakLinaPomPom....
Quote babelina 24-2-2022 09:35 AM
moga segala yg baik2 berlaku dalam hidupnya di masa akn dtg dan lebih sukses..
aku kesian tgk dia..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.059939 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top