Menjalani latihan vokal di rumah, Haqiem mengehadkan aktivitinya di luar rumah kerana bimbang dirinya terdedah dengan sebarang kemungkinan yang boleh menyebabkan dia dijangkiti Covid-19.
Bagaimanapun, andai membabitkan komitmen kerja, Haqiem akan memenuhi tanggungjawab berkenaan namun sentiasa memastikan dirinya mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
"Saya rasa lebih selamat kalau melakukan latihan vokal di rumah. Kalau dijangkiti, saya tidak akan dapat membuat persembahan dan sekali gus akan menyusahkan ramai pihak.
"Ramai rakan-rakan artis yang positif sebab jugalah saya berhati-hati apabila bertemu dengan orang lain. Tidak ada keperluan, saya duduk rumah sahaja. Hanya membabitkan hal penting barulah saya keluar," katanya.