CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1098|Reply: 5

Haqiem Rusli Sasar Kemenangan Di AJL36

[Copy link]
Post time 23-2-2022 12:32 PM | Show all posts |Read mode


Hanya dua minggu saja lagi tempoh bagi 12 finalis yang berentap di pentas Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) untuk membuat persiapan agar dapat memberikan persembahan terbaik pada malam 6 Mac nanti.


Memetik laporan Oh Bulan, penyanyi Haqiem Rusly, 23, yang turut layak ke anugerah berprestij menerusi lagu Mimpi itu mengakui ingin membawa balik kemenangan pada malam itu nanti.


"Saya meletakkan harapan untuk melihat lagu berkenaan menang. Jauh di sudut hati, saya ingin menang. Tapi, kalau tidak berjaya memenangi apa-apa kategori pun tidak mengapa.


"Berjaya menjadi salah seorang daripada 12 finalis layak ke pentas AJL36 pun sudah memadai. Saya bersyukur," katanya.


  



Menjalani latihan vokal di rumah, Haqiem mengehadkan aktivitinya di luar rumah kerana bimbang dirinya terdedah dengan sebarang kemungkinan yang boleh menyebabkan dia dijangkiti Covid-19.


Bagaimanapun, andai membabitkan komitmen kerja, Haqiem akan memenuhi tanggungjawab berkenaan namun sentiasa memastikan dirinya mematuhi prosedur operasi standard (SOP).


"Saya rasa lebih selamat kalau melakukan latihan vokal di rumah. Kalau dijangkiti, saya tidak akan dapat membuat persembahan dan sekali gus akan menyusahkan ramai pihak.


"Ramai rakan-rakan artis yang positif sebab jugalah saya berhati-hati apabila bertemu dengan orang lain. Tidak ada keperluan, saya duduk rumah sahaja. Hanya membabitkan hal penting barulah saya keluar," katanya.



  



Penyanyi Haqiem Rusly memilih untuk menjalani latihan di rumah kerana enggan dirinya terdedah dengan sebarang kemungkinan yang boleh menyebabkan dirinya dijangkiti virus merbahaya itu.


Selain lagu Mimpi, Bintang Paling Popular ABPBH ke-33 itu turut bersaing dengan finalis lain menerusi lagu Lara bersama Hael Husaini dan Naim Daniel. -CARI



  




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2022 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagu Mimpi tu so bosan. Lagu Lara sbb vokal Hael & Naim yg hauk. So rasanya dik qieqie bakal pulang tangan kosong.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2022 02:26 PM | Show all posts
mungkin boleh dapat kalau barisan juri-juri seperti jajai shaban hariqu mencharimuw, atau zazmeer yang of course bias dengan peserta pompuan... ekekekekeke...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2022 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh menang Mimpi ni klu arrangement orchestra pastu panggil geng2 koir.. Letops...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2022 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo dh hael,  naim and haqiem ni ade... Mesti la ko adebpeluang cerah... Walaupun lgu korg non hadooo. Ramai anak emas tv3 yg dpt masok ajl. Padahal lgu biase2 je. Sebab kerap diputarkan di radio kot kan. Kesian artis yg kualiti nk naik dgn kaki sendiri. Macam khai bahar, shila amzah, marsha. Bg aku aina abdul pun seketul anak emas jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2022 04:19 PM | Show all posts
go go dik. mana tau rezeki kawen
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.443010 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list