|
Genap sebulan berlalu di mana pengguna meluahkan rasa tidak puas hati apabila menggunakan lorong RFID yang menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk. Menurut Beautifulnara, tular ciapan di Twitter yang memaparkan sebuah gambar diambil seorang pengguna semasa menggunakan tol lebuh raya Jalan Duta. Kelihatan pengguna lebuh raya itu beratur panjang di dalam laluan RFID yang sebelum ini dikatakan "akan mempercepatkan perjalanan seharian." Menerusi ruang balas ciapan berkenaan, ramai berkongsi pengalaman mereka tentang keberkesanan RFID. Ada yang mengatakan tiada masalah dengan RFID dan ada juga yang mengalami masalah apabila menggunakan laluan RFID. Malah, ada segelintir mempertikaikan kenapa tidak menggunakan laluan Touch n Go ataupun SmartTag sahaja yang kosong seperti terpapar dalam gambar itu.
Tetapi ada sesetengah laluan tol menggunakan "closed system toll", jika sesiapa yang pada mulanya gunakan laluan RFID, maka jika mahu keluar perlu gunakan laluan yang sama. - CARI |
SalenaGomez replied at 23-2-2022 06:09 AM
SG pasang kat windscreen bahagian tgh atas tu..setakat ni penah skali je stuck sbb terbawak laju mcm ...
slyfynx replied at 23-2-2022 06:19 AM
Kalau kene lg slow dari smart tag, baik pakai smart tag je.
Just enable the ability to topup touch ...

sukacactus replied at 23-2-2022 06:38 AM
Dah pakai dalam 6 bln, belum ada kes tersangkut lg
Ujung bln lps dgn weekend br ni travel kangar-kl ...

SalenaGomez replied at 23-2-2022 06:40 AM
Slalu yg sangkut2 ni pagi2 org nak cepat g keje…tu depa bawak laju kat rfid…ingat canggih sgt ke ...

sukacactus: Dah pakai dalam 6 bln, belum a ...
Miss.Rara replied at 23-2-2022 10:13 AM
korang buang teruih ke smart tag or kad tng korang tu..
dah tau beratur panjang rfid tu pi laa kat ...
kubong replied at 23-2-2022 10:31 AM
kenapa kalau rfid dah beratur panjang nak pergi ke smart tag....sbb kalau kereta ni ada smart tag d ...
Miss.Rara replied at 23-2-2022 10:45 AM
ooohhh semua yg beratur ni tak pernah ada smarttag kaaa...
or toll tu takda lorong TNG?
kubong replied at 23-2-2022 11:08 AM
mungkin tak de touch n go la kot atau tak top up... lagi pun dulu kata rfid ni kira lagi laju dari ...




ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
4-2-2026 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.090106 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.