Genap sebulan berlalu di mana pengguna meluahkan rasa tidak puas hati apabila menggunakan lorong RFID yang menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk.
kredit foto: Twitter
Menurut Beautifulnara, tular ciapan di Twitter yang memaparkan sebuah gambar diambil seorang pengguna semasa menggunakan tol lebuh raya Jalan Duta.
Kelihatan pengguna lebuh raya itu beratur panjang di dalam laluan RFID yang sebelum ini dikatakan "akan mempercepatkan perjalanan seharian."
Twitter
Menerusi ruang balas ciapan berkenaan, ramai berkongsi pengalaman mereka tentang keberkesanan RFID. Ada yang mengatakan tiada masalah dengan RFID dan ada juga yang mengalami masalah apabila menggunakan laluan RFID.
Malah, ada segelintir mempertikaikan kenapa tidak menggunakan laluan Touch n Go ataupun SmartTag sahaja yang kosong seperti terpapar dalam gambar itu.
Twitter
Tetapi ada sesetengah laluan tol menggunakan "closed system toll", jika sesiapa yang pada mulanya gunakan laluan RFID, maka jika mahu keluar perlu gunakan laluan yang sama. - CARI
Post time 23-2-2022 06:09 AMFrom the mobile phone|Show all posts
SG pasang kat windscreen bahagian tgh atas tu..setakat ni penah skali je stuck sbb terbawak laju mcm kat smart tag tu…pastu learn from lesson n xpenah stuck dah
Post time 23-2-2022 06:38 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Dah pakai dalam 6 bln, belum ada kes tersangkut lg
Ujung bln lps dgn weekend br ni travel kangar-kl pergi blk dah 4x lancar je spjg perjalanan
RFiD aku pasang kat lampu depan sblh passenger tu
dpt 1 keta sengal mmg sangkut la.. tu kalau 1
kalau byk berjela2.. so far penah naik keta pakai rfid laju je tp tu la.. kena kelajuan yg xbaper laju...
pakai smart tag lagi senang.. nampak keta sangkut kat lorong smart tag terus tukar masuk lorong TnG laju2..
klu guna RFID xleh tukar masuk lorong lain.. mereput la beratur kat lorong RFID waima queue panjang..
kenapa kalau rfid dah beratur panjang nak pergi ke smart tag....sbb kalau kereta ni ada smart tag dgn rfid boleh la tukar tukar lorong kalau sangkut. Jika cuma ada rfid tapi pergi ke lorong smart tag mcm tak logik nya.. tapi pagi semalam kejadian ni memang ada berlaku sorang pemandu ni kat tol jalan duta, lorong rfid beratur panjang dia pergi ke smart tag.. ingatkan ada masalah smart tag rupa2 dia cuma ada rfid menyebabkan sangkut lorong smart tag
mungkin tak de touch n go la kot atau tak top up... lagi pun dulu kata rfid ni kira lagi laju dari smart tag dan sebahagian pemandu pula fikir smart tag ni leceh sebab kena guna bateri, tapi mcm saya guna recharge bateri... tak de masalah sbb bukan tiap hari kena charge pun.