Tiga penyanyi muda iaitu Ryan Deedat, Chazynash dan Dani Kurama tidak berniat untuk memperlekehkan kerjaya tukang cuci tandas, pekerja pasar mahupun tukang besi dalam muzik video single terbaharu mereka berjudul Tempuh.
Chazy berkata, karakter itu dipilih kerana kerjaya sedemikan sering dihina masyarakat sekali gus ingin memberi pengajaran kepada orang ramai. "Tiada istilah mahu memperlekehkan kerjaya siapapun. Ia hanya sekadar gambaran dan lakonan semata-mata. "Kalau kita lihat tiga kerjaya ini sering dipandang rendah dan dihina masyarakat. Jadi, kami lakonkan supaya menjadi pengajaran kepada orang ramai agar tidak mempersendakan mana-mana pekerjaan termasuk individu yang berjuang untuk kelangsungan hidup.
"Malah mesej sebenar lagu ini juga menerangkan selagi kerja dilakukan halal, tempuhilah dengan penuh sabar meskipun bermacam dugaan perlu dilalui," katanya.
|
KamikuP replied at 22-2-2022 11:02 AM
Meolls menyampah giler kat sorang mamat ni yg dulu buat prank pakai gelang pink.. choii sgt yiichh
ADVERTISEMENT