|
Penyanyi Ashira Aziz tidak menyangka terpilih mewakili Malaysia ke pertandingan bertaraf dunia, World Champions Of Performing Arts (WCOPA) yang diadakan di Amerika Syarikat (AS) pada Julai nanti.
Ashira atau nama lengkapnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 37, ketika dihubungi Kosmo! Online gembira apabila berjaya melepasi uji bakat, sekali gus terpilih mewakili negara dalam kategori ‘Vocal Senior’ dalam pertandingan tersebut. “Alhamdulillah rezeki. Saya sangat gembira dan bersyukur apabila terpilih untuk bertanding di AS bagi kategori Vocal Senior. Awalnya, saya sekadar suka-suka sertai uji bakat dan tidak sangka terpilih.
“Saya baru dapat tahu semalam selepas diumumkan terpilih mewakili Malaysia bersama empat lagi peserta lain,” ujarnya. Walaupun gembira kerana bakal membawa nama Malaysia ke pentas dunia, pelantun Di Ombak Resah itu ‘pening kepala’ kerana perlu mencari dana sendiri sekitar RM30,000 untuk perbelanjaan dan persiapan ke AS pada Julai nanti. “Sekarang ini saya kena cari dana sendiri untuk perbelanjaan ke AS. Saya sedang menunggu surat sokongan dan perlu berusaha untuk mengumpul dana sekitar RM30,000. “Saya hara pada yang sudi untuk membantu saya mengumpul dana. Saya ke AS pun untuk bertanding dan membawa nama Malaysia. Pada sesiapa yang percaya pada bakat saya, harap dapat membantu,” katanya. Menganggap peluang terpilih menyertai pertandingan WCOPA cuma datang sekali dalam seumur hidup, bekas peserta program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) itu berharap dapat melakukan yang terbaik ketika pertandingan. “Terima kasih semua yang mendoakan urusan saya dipermudahkan. Syukur alhamdulillah,” katanya.
|
cicicumel replied at 21-2-2022 02:20 PM
Wcopa ni low class ala2 scammer je... Selalu sgt penyanyi malaysia menang...


Deleted

Cintakapuri replied at 21-2-2022 10:38 PM
I pn nk cakap mcm ni. Rse ni mmg scammer lah
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-2-2026 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.573517 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.