CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Netizen Pertikai Fungsi Sebenar Kiosk Bantuan MySejahtera Dilancarkan

21-2-2022 06:00 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 1224| Komen: 4|Original author: Agent13k

Aplikasi MySejahtera kini sudah menjadi salah satu aplikasi mudah alih paling penting yang wajib ada dalam telefon pintar masing-masing untuk rakyat Malaysia.

MySejahtera yang dilancarkan kerajaan bagi memantau perkembangan masyarakat dalam menghadapi wabak pandemik COVID-19 kini ini ada Kiosk Bantuan MySejahtera pula.


kredit foto: TheStar

Bagaimanapun, ia hanya dilancarkan untuk penduduk di sekitar Lembah Klang sahaja.



Menurut Beautifulnara, tujuan ianya dibuka secara fizikal adalah bertujuan bagi membantu orang ramai yang mempunyai isu ataupun ada sebarang pertanyaan mengenai aplikasi tersebut, tetapi ramai netizen di media sosial mempersoalkan keperluan membuka kiosk yang hanya tertumpu di dua tempat sahaja dan bukan seluruh negeri.



Difahamkan, ada yang memberi komen bahawa keadaan negara yang semakin meningkat kes COVID-19 harian adalah tidak perlu diadakan tempat-tempat untuk rakyat berkumpul dan isu yang berkaitan MySejahtera perlu dilakukan secara dalam talian sahaja.



Kiosk ini hanya dibuka pada hari hujung minggu di dua lokasi, 19 Februari hingga 13 Mac di World Trade Centre (WTC) dan 26 Februari hingga 6 Mac berada di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam. 


kredit foto: Aiman Abdullah

Bagi sesiapa mahu hadir ke Kiosk itu perlu bawa dokumen yang diperlukan bagi memudahkan urusan tentang isu MySejahtera. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 21-2-2022 06:25 PM
Dh bwh kem ex minister moh skrg kn



Kj tersenyum sinis
Quote TeropongThaico 21-2-2022 07:06 PM
Ada je cara diarg kan
Quote Normabaru 21-2-2022 07:45 PM
So yang kuarantin tp ada prob Pon kena walk in ke? Bongok sungguh laa hai
Quote domestobot 21-2-2022 07:49 PM
ni nak bagi bisnes kat PWTC dan IDCC je ni. kerajaan bayar la sewa untuk dua tempat tu. dapat gak cover makan bulan ni untuk pemilik dewan2 bersidang besar ni

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.086347 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top