|
View: 800|Reply: 4
|
Netizen Pertikai Fungsi Sebenar Kiosk Bantuan MySejahtera Dilancarkan
[Copy link]
|
|
|
Aplikasi MySejahtera kini sudah menjadi salah satu aplikasi mudah alih paling penting yang wajib ada dalam telefon pintar masing-masing untuk rakyat Malaysia.
MySejahtera yang dilancarkan kerajaan bagi memantau perkembangan masyarakat dalam menghadapi wabak pandemik COVID-19 kini ini ada Kiosk Bantuan MySejahtera pula.
kredit foto: TheStar
Bagaimanapun, ia hanya dilancarkan untuk penduduk di sekitar Lembah Klang sahaja.
Menurut Beautifulnara, tujuan ianya dibuka secara fizikal adalah bertujuan bagi membantu orang ramai yang mempunyai isu ataupun ada sebarang pertanyaan mengenai aplikasi tersebut, tetapi ramai netizen di media sosial mempersoalkan keperluan membuka kiosk yang hanya tertumpu di dua tempat sahaja dan bukan seluruh negeri.
Difahamkan, ada yang memberi komen bahawa keadaan negara yang semakin meningkat kes COVID-19 harian adalah tidak perlu diadakan tempat-tempat untuk rakyat berkumpul dan isu yang berkaitan MySejahtera perlu dilakukan secara dalam talian sahaja.
Kiosk ini hanya dibuka pada hari hujung minggu di dua lokasi, 19 Februari hingga 13 Mac di World Trade Centre (WTC) dan 26 Februari hingga 6 Mac berada di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam.
kredit foto: Aiman Abdullah
Bagi sesiapa mahu hadir ke Kiosk itu perlu bawa dokumen yang diperlukan bagi memudahkan urusan tentang isu MySejahtera. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dh bwh kem ex minister moh skrg kn
Kj tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
So yang kuarantin tp ada prob Pon kena walk in ke? Bongok sungguh laa hai |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ni nak bagi bisnes kat PWTC dan IDCC je ni. kerajaan bayar la sewa untuk dua tempat tu. dapat gak cover makan bulan ni untuk pemilik dewan2 bersidang besar ni |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|