|
Kumpulan pop, Dolla masih belum berkesempatan untuk membuat persembahan kepada peminat mereka sejak debut pertama dua tahun lalu. Tidak hairanlah apabila air mata empat orang gadis jelita iaitu Tabby, Angel, Sabronzo dan Syasya yang mengalir tanda terharu di saat mendengar nama Dolla dilaungkan di Konsert Mini Showcase mereka pada har Sabtu yang lalu di Nero Event Space. Mereka sempat mempersembahkan empat buat lagu mereka termasuklah lagu 'dance over'. Walaupun cuma 150 penonton dibenarkan hadir, namun suasana di konsert itu begitu riuh dengan suara peminat yang menjerit nama mereka. Sumber: Media Hiburan Menurut Syasya, keempat-empat mereka tidak dapat menahan sebak kerana ini ialah perjumpaan pertama mereka dengan peminat sejak berlakunya pandemik COVID-19. ![]() Sumber: Media Hiburan Oleh kerana tidak mahu mengecewakan peminat, Sabronzo mengatakan mereka telah membuat latihan persediaan secara intensif iaitu selama enam hingga lapan jam sehari. Nampaknya, usaha mereka tidak sia-sia apabila peminat memuji persembahan bertenaga mereka. ![]() Sumber: Instagram Dolla Moga-moga ini menjadi titik permulaan kejayaan Dolla pada masa akan datang. -CARI
|
husie91 replied at 22-2-2022 12:34 AM
Seksinyaaa..
mcm xde harapan.dok la hari2 menonggeng kat tits tok tu jelaaa mampu.hahahahha
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
7-2-2026 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.770734 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.