CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Kami Terpaksa Aniaya Kru Produksi, Jadi Apa Kata Stesen TV Yang Bayar Pelakon Popular?'

21-2-2022 02:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2095| Komen: 13

Description: Penerbit, pengarah dan penulis skrip, Shahrulezad Mohameddin mencadangkan agar pihak stesen TV yang membayar harga tinggi diletakkan segelintir pelakon popular kepada penerbit, seiring dengan tujuan u ...
Penerbit, pengarah dan penulis skrip, Shahrulezad Mohameddin mencadangkan agar pihak stesen TV yang membayar harga tinggi diletakkan segelintir pelakon popular kepada penerbit, seiring dengan tujuan untuk menarik 'rating' penonton.



Kerdit foto: IG Shahrulezad

Ia disuarakan Shahrulezad di akaun Facebook miliknya selepas isu pelakon popular meletak bayaran tinggi dan 'demand' itu mula dibangkitkan oleh pengarah berkaliber, Rashid Sibir di media sosialnya, baru-baru ini.

"Selagi stesen TV tekan penerbit mahukan artis-artis tertentu untuk tujuan 'rating' selagi itulah kami tak mampu nak kawal kos produksi. 

"Dan terus terang cakap, kadang kadang kami terpaksa 'menganiaya' dengan cara potong harga kru produksi atau tukar kru lain yang lebih murah dan kurang pengalaman. Sebabnya nak kawal kos produksi," tulisnya.

Menurut Shahrulezad, dia juga ada pengalaman berhadapan dengan seorang artis yang meletak harga RM8,000 untuk satu episod. Katanya, ia lebih tinggi daripada bayaran untuk seorang pengarah.



Apapun, jelasnya meletak harga itu adalah hak artis juga tapi untuk berlaku adil, penerbit juga perlu diberi hak menolak 'rate' (bayaran) mereka tanpa tekanan dari stesen TV. Umpama mereka ada hak, kita juga ada hak. 


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 21-2-2022 05:22 PM
Mcm idung maikel jeksen lar
Quote Lolalala 21-2-2022 06:20 PM
Tu dia karangan 350 patah perkataan. Jenuh nak baca laaaa.
Quote shernazz 21-2-2022 06:28 PM
Wow
Idong tercatuk
Quote Mulotkoyak 21-2-2022 08:29 PM
Yg penting citer melayu ak xbrape nk lyn sgt
Quote kotakominami 21-2-2022 08:59 PM
Maksudnye stesen tv bgtau kena ambik artis ini A je baru dia beli drama tu kan.....jadi kenapa tak mark up siap2 dalam sebut harga untuk absorb kos artis tu....atau proses dia macam mane?
Quote hotmak 21-2-2022 09:00 PM
sapa tu yg charge 8k 1 episod
Quote Budakmomok 21-2-2022 09:01 PM
Off topik.nape hidung sama ngan lana nodin?adik beradik ke?
Quote scrocth 21-2-2022 09:12 PM
kotakominami replied at 21-2-2022 08:59 PM
Maksudnye stesen tv bgtau kena ambik artis ini A je baru dia beli drama tu kan.....jadi kenapa tak m ...


Ada harga siling utk setiap telefilem dan drama berepisod. Katanya harga masih ditahun 90an, 80k utk setiap episod. Yg tulah nk byr krew dlm 20-30 org, xmasuk barisan pelakon dan gaji pengarah. Producer sah2 at least nak buat untung dalam 20-30k setiap episod, bajet utk bayar artis dan extra katakan dalam 30k kalau dh sekor2 demand harga tinggi. Jd tinggal 20k utk bahagi2 sesama krew dlm 20-30 org tu. Tu sbb ada krew yg dpt ratus2 jer satu ep.
Quote Carcosa 22-2-2022 01:02 AM
Panjangnya caption, kalau aku kecikkan mata, dah mcm semut dkt phone aku
Btw, idung kau pelik amat lah Budak Ijat
Fugly
Quote alieyrina 22-2-2022 01:08 AM
Tak tgk drama melayu..kecuali time posa, raya. Haahahaha
Quote dudaberhias 22-2-2022 01:14 AM
wauu idong dia.... persis idong lahanat nodin antivaksin...
mesti buat pakej buy 1 free 1 kan... sila dedahkan nama klinik n doktor supaya kami boleh blacklist siap2 klinik tu supaya hidung tak jadi hodoh seperti anda berdua...
Quote yusryimran 22-2-2022 07:12 AM
Mulotkoyak replied at 21-2-2022 08:29 PM
Yg penting citer melayu ak xbrape nk lyn sgt

kan samalah dengan iols.. koser nak melayan membuta lagi best
Quote ainie_1008 22-2-2022 09:44 AM
letaklah pelakon gred A++ pon, klu skrip asik sama je bosan..
klu skrip oky, pelakon plak kayu.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.052074 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top