CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Edar Dadah, DJ Isma Halil Mengaku Tidak Bersalah

21-2-2022 12:52 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2905| Komen: 11|Original author: tatod


Didakwa atas kesalahan jenayah mengedar dadah pada tahun lalu, penyampai radio Isma Halil Hamzah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari ini (Isnin).

Lelaki berusia 49 tahun itu membuat pengakuan terbabit selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Muhammad Jamil Hussin. Ia adalah pengakuan pertama kali didengar selepas kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Isma didakwa mengedar dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju pada jam 5.35 petang pada 27 Ogos 2021.


Jika sabit kesalahan, Isma berhadapan dengan hukuman gantung sampai mati mengikut Seksyen 39B (1) (A) Akta Dadah  Berbahaya 1952 dan boleh dihukum  dibawah Seksyen 39B (2) Akta  sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.


Sumber My-News Online

"Faham tuan. Saya mengaku tidak bersalah," kata Isma yang berada di kandang tertuduh selepas selesai pertuduhan dibacakan.

Memetik laporan Kosmo, dalam prodising itu, pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad manakala Isma diwakili oleh peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar.

Mahkamah kemudian menetapkan 24 Mac untuk tarikh pengurusan kes. 

Terdahulu, apda 27 Januari lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur membenarkan kes Isma dipindahkan ke Mahkamah Tinggi selepas peguam Adi Zulkarnain Zulkafli memaklumkan laporan kimia telah diperolehi iaitu berat turun dari 409 gram kepada 374.6 gram.

Sumber Kopi Planet

Isteri Isma iaitu Nor Haslinda Abdul Manaf, 48, turut hadir dalam prosiding berkenaan. 

Isma sebelum ini dilaporkan dalam keadaan sihat di penjara. Sebelum ini, dia pernah menulis surat menyatakan rasa rindu terhadap ibunya. Dia juga menulis nota ringkas menafikan tuduhan berkenaan dan mendakwa ada pihak telah memfitnahnya. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imrb 21-2-2022 02:17 PM
banyk kish tak baik dia ni.. alim2 kucing rupanya dah mcm dewasayu
Quote 3chanceno 21-2-2022 02:40 PM
Tulisan dia di nota tu cakar ayam pasal sukar meols nak baca n faham
Quote Normabaru 21-2-2022 02:54 PM
Kes dia tangkap bulan ogos
Tp September dia muncul kt sepahtu reunion

Cmne pihak TV blh lepaskan org bermasalah mcm ni masuk tv eh?

Dulu si parit kamil xleh plak kua tv..ppfftttt
Quote Carcosa 22-2-2022 01:29 AM
Fitnah, fitnah, fitnah. Tu je la alasan org Malaya nih.
Yihhh. Habis2 bal byk2 tu utk apa. Kaya sgt ke ko utk own consumption byk2 stok gitu. 300+ gram byklah jugak kan utk dedaun nan kering ittew.
Tahlah ikut suka ko lah
Quote September14 22-2-2022 02:06 AM
Mati2 aku ingt isma halil ni pelakon dulu2 yg sllu geng dgn shahreza, ebby saiful tu rupanya org lain.. x kenai pulak
Quote auntyonion 22-2-2022 02:28 AM
Uik byk tu 300lebih gram mesti dah di pressed jd block
Quote haifawehbe 22-2-2022 03:48 AM
naseb ko x baik sebab bukan anak org kaya mcm vincent tan.. kalau x dah lama terlepas..
Quote sukacactus 22-2-2022 06:27 AM
September14 replied at 22-2-2022 02:06 AM
Mati2 aku ingt isma halil ni pelakon dulu2 yg sllu geng dgn shahreza, ebby saiful tu rupanya org lai ...

Geng mekar sejambak tu ka
Tersedak isma aliff tu
Quote melinda_kerr 22-2-2022 06:42 AM
Hbis tu dadah tu dtg dr mana..
Quote bulalof 22-2-2022 08:01 AM
good luck pal!
Quote Girl-N-Roses 22-2-2022 09:49 AM
mangkuk ni mmg mcm2 hal
kes menipu duit lh
kes rogol anak dara org pun ada
sekrg mandpt ko kes dadah
39b kurang2 10 tahun kt dlm
kifarah Allah

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.277851 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top