
Didakwa atas kesalahan jenayah mengedar dadah pada tahun lalu, penyampai radio Isma Halil Hamzah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari ini (Isnin).
Lelaki berusia 49 tahun itu membuat pengakuan terbabit selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Muhammad Jamil Hussin. Ia adalah pengakuan pertama kali didengar selepas kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Isma didakwa mengedar dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju pada jam 5.35 petang pada 27 Ogos 2021.
Jika sabit kesalahan, Isma berhadapan dengan hukuman gantung sampai mati mengikut Seksyen 39B (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39B (2) Akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Sumber My-News Online
"Faham tuan. Saya mengaku tidak bersalah," kata Isma yang berada di kandang tertuduh selepas selesai pertuduhan dibacakan.
Memetik laporan Kosmo, dalam prodising itu, pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad manakala Isma diwakili oleh peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar.
Mahkamah kemudian menetapkan 24 Mac untuk tarikh pengurusan kes.
Terdahulu, apda 27 Januari lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur membenarkan kes Isma dipindahkan ke Mahkamah Tinggi selepas peguam Adi Zulkarnain Zulkafli memaklumkan laporan kimia telah diperolehi iaitu berat turun dari 409 gram kepada 374.6 gram.
Sumber Kopi Planet
Isteri Isma iaitu Nor Haslinda Abdul Manaf, 48, turut hadir dalam prosiding berkenaan.
Isma sebelum ini dilaporkan dalam keadaan sihat di penjara. Sebelum ini, dia pernah menulis surat menyatakan rasa rindu terhadap ibunya. Dia juga menulis nota ringkas menafikan tuduhan berkenaan dan mendakwa ada pihak telah memfitnahnya. -CARI
|