Ho Chi Minh: Malang nasib seorang lelaki China apabila diculik dan dijadikan 'hamba darah' selama berbulan-bulan di Kemboja selepas terpedaya dengan tawaran iklan pekerjaan palsu.
New York Post memetik South China Morning Post (SCMP) melaporkan lelaki yang hanya dikenali dengan nama keluarga Li berjaya melarikan diri awal bulan ini dengan bantuan ahli kumpulan samseng yang menahannya di bandar Sihanoukville di Kemboja. Dia kini dirawat di hospital dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Sejak Ogos tahun lalu, kumpulan itu dilaporkan mengambil 0.8 liter darah setiap bulan daripada lelaki berusia 31 tahun itu. Darah itu dipercayai dijual kepada pembeli persendirian. Akibatnya, lengan Li lebam teruk dan dipenuhi kesan jarum ketika dimasukkan ke hospital, minggu lalu. Lelaki yang pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan di Shenzhen dan Beijing memberitahu pemberita, pada mulanya dia mengetahui tawaran kerja di wilayah autonomi Guangxi Zhuang di selatan China. Difahamkan, Li kemudian ditahan dengan individu bersenjata dan dibawa merentasi sempadan China-Vietnam dan dibawa ke Ho Chi Minh City. Di situ, dia dijual pada harga AS$18,500 (kira-kira RM77,441) kepada kumpulan Kemboja yang menjalankan skim penipuan. Dia kemudian enggan menyertai skim penipuan kumpulan itu. Mengetahui Li seorang yatim piatu dan tidak boleh 'digunakan' untuk wang tebusan, kumpulan itu bertindak menggunakan lelaki itu sebagai 'hamba darah'. Li mendakwa, sekurang-kurangnya tujuh lelaki lain ditahan dalam bilik yang sama dengannya. Katanya, dia mempunyai darah O negatif dan oleh kerana itu, kumpulan berkenaan mengambil lebih banyak darah daripadanya berbanding lelaki lain. Menurutnya, salah seorang ahli kumpulan terbabit memberitahu jenis darahnya agak berharga. Katanya, lebih menakutkan apabila kumpulan penculik itu mengancam untuk menjualnya kepada pengedar organ haram, jika tidak memberikan darahnya kepada mereka. Menurut satu laporan, Kedutaan China di Kemboja berkata, pihaknya sudah meminta polis Kemboja untuk memberi keutamaan kepada kes itu. Pihak kedutaan juga menghantar kakitangan melawat Li di hospital. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Mooverine replied at 21-2-2022 11:29 AM
ni macam ceta boss & me, tapi versi thriller.
chinta89 replied at 21-2-2022 12:28 PM
best ke cter tu. nt nak try tgk lah
mojarean_X replied at 21-2-2022 08:00 PM
Tetiba dh takutlah nk wat solo travel lps ni. X pasal2 kena culik nanti jd hamba memacam
Tinot7 replied at 21-2-2022 10:12 PM
Iols pun rasa selamat kalau ikut tour guide jahh.. tours sumer dah mula balik ka?
cmf_premierleag replied at 21-2-2022 01:48 PM
calling for @tumpanglalu74
aku teringat uols penah cite psl anak2 yatim, mmg jarang kita jmpe
tak su ...
mojarean_X replied at 21-2-2022 10:17 PM
Blm kot. Berapa negara je yg allow pelancong luar masuk without quarantine skrg.
ADVERTISEMENT