LONDON – Gelombang terbaru penularan COVID-19 kini menunjukkan peningkatan mendadak di beberapa negara terutamanya di England. Dalam perkembangan terbaru, Ratu Elizabeth II disahkan positif Covid-19, lapor stesen penyiaran CNN, semalam. Perkara itu disahkan oleh Istana Buckingham, United Kingdom selepas dua minggu mengunci mulut mengenai keadaan kesihatan ratu berusia 95 tahun itu. Baginda menemui rakyat secara bersemuka di istana pada minggu lalu, namun mengadu kepada seorang hadirin bahawa beliau rasa kebas dan sukar bergerak serta dilihat bertongkat. Doktor istana melakukan ujian ke atas Ratu Elizabeth II secara kerap sejak puteranya disahkan positif dan baginda kini menunjukkan gejala ringan.
“Buat masa ini, baginda hanya mengalami simptom ringan seperti selesema dan akan terus dipantau oleh pasukan perubatan diraja. “Baginda dijangka akan meneruskan tugasan diraja dalam skala ringan pada minggu-minggu akan datang,” demikian menurut kenyataan istana. Jangkitan Ratu Elizabeth dipercayai adalah daripada anakandanya, Putera Charles yang disahkan positif COVID-19 untuk kali kedua 10 hari lalu diikuti isterinya, Camilla tiga hari kemudian. Terdahulu, baginda juga pernah berhubung dengan Putera Wales beberapa kali sebelum dikehendaki melakukan pengasingan diri pada 10 Februari lalu. - CARI
|
cmf_ctrl replied at 21-2-2022 12:53 AM
masa muda cantik
akusukaq replied at 21-2-2022 02:06 AM
Nenek aku kata rumah rumah dulu dulu mesti ada gantung gambar queen ni.mcm gantung gambar agung ke s ...
cmf_ctrl replied at 21-2-2022 12:53 AM
masa muda cantik
orkid_amani replied at 21-2-2022 06:55 AM
Tuuuudiiiaaa hidup sampai umoq 95 naaa
Mesti banyak zaman dah dy tgk perubahan Dunia ni
cmf_ctrl replied at 21-2-2022 12:51 AM
kenapa aku tengok muka ratu ni macam sama je dari berbelas tahun dulu
teringat cerita johnny englis ...
krustykrab replied at 21-2-2022 07:51 AM
Muka ala ala kueen kita waktu muda2
ADVERTISEMENT