LONDON – Gelombang terbaru penularan COVID-19 kini menunjukkan peningkatan mendadak di beberapa negara terutamanya di England.
Dalam perkembangan terbaru, Ratu Elizabeth II disahkan positif Covid-19, lapor stesen penyiaran CNN, semalam.
Perkara itu disahkan oleh Istana Buckingham, United Kingdom selepas dua minggu mengunci mulut mengenai keadaan kesihatan ratu berusia 95 tahun itu.
Baginda menemui rakyat secara bersemuka di istana pada minggu lalu, namun mengadu kepada seorang hadirin bahawa beliau rasa kebas dan sukar bergerak serta dilihat bertongkat.
Doktor istana melakukan ujian ke atas Ratu Elizabeth II secara kerap sejak puteranya disahkan positif dan baginda kini menunjukkan gejala ringan.
“Buat masa ini, baginda hanya mengalami simptom ringan seperti selesema dan akan terus dipantau oleh pasukan perubatan diraja.
“Baginda dijangka akan meneruskan tugasan diraja dalam skala ringan pada minggu-minggu akan datang,” demikian menurut kenyataan istana.
Putera Charles. - Foto REUTERS
Jangkitan Ratu Elizabeth dipercayai adalah daripada anakandanya, Putera Charles yang disahkan positif COVID-19 untuk kali kedua 10 hari lalu diikuti isterinya, Camilla tiga hari kemudian.
Terdahulu, baginda juga pernah berhubung dengan Putera Wales beberapa kali sebelum dikehendaki melakukan pengasingan diri pada 10 Februari lalu. - CARI |