Bekalan pil kuda yang mudah dibeli dengan harga serendah RM10 sebiji dipercayai menjadi punca semakin ramai penduduk di Kampung Batu Machang dan enam buah kampung lagi di Jerek terjebak masalah penagihan dadah itu.
Seorang penduduk sebuah kampung di situ yang enggan mendedahkan identitinya berkata, masalah ketagihan pil kuda dalam kalangan penduduk kampung sudah wujud sejak sekian lama. Katanya, boleh dikatakan setiap kampung ada ahli keluarga mereka yang terjebak dengan ketagihan pil kuda.
“Saya mengaku ada penduduk terutamanya belia kampung terlibat dalam penagihan pil kuda sehingga kerap keluar dan masuk pusat pemulihan, namun tidak berubah. “Sejujurnya kami sebagai penduduk kampung berasa takut masalah sosial timbul seperti kejadian kecurian, pergaduhan atau pembunuhan kerana fikiran mereka yang ketagihan tidak waras,” katanya kepada Kosmo! semalam. Seorang suri rumah yang enggan dikenali berusia 58 tahun berkata, ada sebilangan ibu bapa tahu anak mereka menagih dadah, namun tidak dapat berbuat apa-apa. Katanya, ibu bapa berkenaan sudah lali dengan masalah penagihan dalam kalangan anak mereka sendiri. “Kami selaku penduduk hanya dapat menjaga keselamatan nyawa sendiri dan berdoa tidak berlaku kejadian buruk. “Kami masih terkejut dengan kejadian menimpa seorang jiran yang kepalanya dipenggal anak tiri sendiri dipercayai akibat sakit mental dan pengaruh penyalahgunaan pil kuda itu,” katanya. Kosmo! semalam melaporkan, penduduk Kampung Batu Machang digemparkan dengan kes anak memenggal kepala ibu tirinya. Mereka menyifatkan jenayah itu yang paling menakutkan pernah berlaku di Kampung Batu Machang, Jerek di sini, sejak kampung tradisional itu wujud lebih 50 tahun lalu. Sumber: KOSMO! ONLINE
|
ultra78 replied at 19-2-2022 06:35 AM
Kepada sesiapa yg fikir membesarkan anak di Kelantan lebih selamat berbanding di KL dan Selangor, ba ...
gigahertz replied at 19-2-2022 02:45 PM
yang hairan tu yang merantau ke negeri org lain elok je
yang anak jati stay di kelantan jahanam ha ...
ADVERTISEMENT