View: 1525|Reply: 11
|
Murah Dan Mudah Didapati, Ramai Orang Kampung Ketagih Pil Kuda
[Copy link]
|
|
Bekalan pil kuda yang mudah dibeli dengan harga serendah RM10 sebiji dipercayai menjadi punca semakin ramai penduduk di Kampung Batu Machang dan enam buah kampung lagi di Jerek terjebak masalah penagihan dadah itu.
Seorang penduduk sebuah kampung di situ yang enggan mendedahkan identitinya berkata, masalah ketagihan pil kuda dalam kalangan penduduk kampung sudah wujud sejak sekian lama.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/19/115651ncfkx85pr78nzfrf.jpg) PENDUDUK di Kampung Batu Machang, Gua Musang digemparkan dengan kejadian seorang wanita dibunuh anak tirinya, Rabu lalu.
Katanya, boleh dikatakan setiap kampung ada ahli keluarga mereka yang terjebak dengan ketagihan pil kuda.
“Saya mengaku ada penduduk terutamanya belia kampung terlibat dalam penagihan pil kuda sehingga kerap keluar dan masuk pusat pemulihan, namun tidak berubah.
“Sejujurnya kami sebagai penduduk kampung berasa takut masalah sosial timbul seperti kejadian kecurian, pergaduhan atau pembunuhan kerana fikiran mereka yang ketagihan tidak waras,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Seorang suri rumah yang enggan dikenali berusia 58 tahun berkata, ada sebilangan ibu bapa tahu anak mereka menagih dadah, namun tidak dapat berbuat apa-apa.
Katanya, ibu bapa berkenaan sudah lali dengan masalah penagihan dalam kalangan anak mereka sendiri.
“Kami selaku penduduk hanya dapat menjaga keselamatan nyawa sendiri dan berdoa tidak berlaku kejadian buruk.
“Kami masih terkejut dengan kejadian menimpa seorang jiran yang kepalanya dipenggal anak tiri sendiri dipercayai akibat sakit mental dan pengaruh penyalahgunaan pil kuda itu,” katanya.
Kosmo! semalam melaporkan, penduduk Kampung Batu Machang digemparkan dengan kes anak memenggal kepala ibu tirinya.
Mereka menyifatkan jenayah itu yang paling menakutkan pernah berlaku di Kampung Batu Machang, Jerek di sini, sejak kampung tradisional itu wujud lebih 50 tahun lalu.
Sumber: KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Lebih bagus Hadiahkan mereka paint thinner kerana murah dan cepat mati. |
|
|
|
|
|
|
|
Sesiapa yang belum tau apa itu psint thinner.
Hadishkan kepada saudara mara kaki dadah sebelum mereka jadikan ahli keluarga sebagai mangsa berdarah
Paint thinners are what are known as “gateway drugs” – or drugs that lead to other more serious addictive behaviors. Side effects for toluene and xylene include headache, reduced inhibition, and slurring of speech and can lead to more serious side effects including paralysis, coma, and death. |
|
|
|
|
|
|
|
Selalu belah2 pantai timur ni kes dadah, pil kude, gam.....sampai membe aku ckp kalau la dia tak kuar sambung belajar dgnn dia sekali jadi penagih.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kepada sesiapa yg fikir membesarkan anak di Kelantan lebih selamat berbanding di KL dan Selangor, baik fikir balik. Masalah dadah di Kelantan ni mmg tahap kronik. Benda ni diseludup masuk dari Thailand.
Aksi kejar-mengejar drug trafficker dengan polis mcm dalam filem tu dah jadi suatu kebiasaan dah.
Kalau anak kau tersilap pilih kawan,maka anak kau akan jadi penagih dadah. |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 19-2-2022 06:35 AM
Kepada sesiapa yg fikir membesarkan anak di Kelantan lebih selamat berbanding di KL dan Selangor, ba ...
yang hairan tu yang merantau ke negeri org lain elok je
yang anak jati stay di kelantan jahanam habis. |
|
|
|
|
|
|
|
org kg otak melayu, sanggup biar je anak tu ngisap dadah, pastu bile anak mule mencuri penggal kepala br mnyesal. |
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 19-2-2022 02:45 PM
yang hairan tu yang merantau ke negeri org lain elok je
yang anak jati stay di kelantan jahanam ha ...
yg merantau ni jenis bdk2 pandai kelas depan dr sek/univ lagi keluar dr kg tu. pergaulan jadi lain dah. cuma peel kenegerian je la kdg2 sebati lg![](static/image/smiley/default/titter.gif)
yg kat kg ni kebanyakan bljr malas,keje pun malas, bewok, tp rajin plak cari stok2 pil kuda ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Menagih sekian lama...YB Parlimen tu pun yg paling lama jugakkk pegang Gua Musang...
Xde program ke apa ke? Tanya jerrrr... |
|
|
|
|
|
|
|
Ada 1 family yg aku kenal tinggal di Pasir Mas
Anak2 lelaki dihantar duduk tempat lain
Sbb hal2 dadah ni lah
Klu tinggal di kampung pengaruh tu kuat sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Kelate lg ![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|