Seorang gadis berkongsi pengalaman pahit dalam hidupnya apabila pernah diperbodohkan oleh bekas teman lelaki yang cuba menyakat kononnya hingga dirinya mengalami kemalangan.
Kenangan tersebut terimbau dalam ingatan apabila terdapat satu kes menggemparkan baru-baru ini tentang seorang lelaki yang membakar diri dalam kereta dan telah pun meninggal dunia. "Bayangkan, bekas teman lelaki membuat panggilan jam tiga pagi. Kemudian saya dengar perbualan dia dengan orang lain. Bayangkan apa saya rasa waktu itu. Kemudian kami gaduh sampai lima pagi." ceritanya mengimbau saat buruk dalam hidupnya ketika itu. Dia merasa kosong ketika memandu dan pernah terdetik untuk membuat sesuatu yang diluar jangkaan namun rasa bersyukur dirinya masih waras. Disebabkan emosi yang tidak stabil, gadis itu akhirnya terlanggar pembahagi jalan. Apa yang paling buruk, bekas teman lelaki mengakui panggilan tersebut hanyalah suka-suka sahaja untuk bagi dirinya mendengari perbualan dengan perempuan lain. Dalam pada itu, dia juga menasihati pada semua agar jangan mempermainkan perasaan orang. Jika tidak mahu teruskan hubungan, berkatalah jujur. Baguslah sudah menjadi 'bekas'. Boleh gila nanti dapat pasangan bodoh seperti itu dalam hidup. Moga gadis tersebut tenang dan makin berjaya dalam hidupnya. - CARI
|
CiliPadiSedap replied at 18-2-2022 09:29 PM
teringat ada seorang bibik rasa kosong hati sampai meroyan macam hantu balan2 bere2 dalam forum akib ...
Gomea replied at 19-2-2022 09:13 AM
Gitulah bbnu time bercinta. Sayang bf gf lebih dari sayang makpak
ADVERTISEMENT