Untuk pemindahan organ badan ada dua faktor yang amat penting dalam proses mendapatkan organ baru untuk pesakit yang memerlukannya, yang pertama adalah saiz organ dan kedua adalah jenis darah penderma perlu sama dengan jenis darah penerima.
Jika jenis darah itu tidak sama, organ itu akan ditolak selepas dipindahkan. Petikan daripada Amanz, para saintis dari Latner Thoracic Surgery Research Labotories dan UHN Ajmera Transplant Centre yang terletak di Kanada telah mengumumkan yang mereka telah berjaya menghasilkan organ universal yang boleh didermakan kepada semua penerima. Difahamkan, paru-paru dari individu dengan darah A dirawat dengan enzim "FpGaINAc deacetylase" dan "FpGalactosaminidase". Kedua-dua enzim ini digunakan untuk mengubah darah jenis A ke jenis O sebelum ini, selepas dirawat selama beberapa jam di dalam sebuah kebuk khas, 97% antigen A berjaya dikeluarkan dari paru-paru tersebut. Kemudian saintis itu mengepam darah jenis O ke paru-paru dan mendapati ia tidak menunjukkan sebarang penanda penolakan dalam badan. Tetapi ianya masih dalam peringkat kerana ujian itu dilakikan dalam kebuk yang digunakan sebagai ganti tubuh pesakit sebenar, para saintis akan melakukan ujian klinikal dalam masa 12-18 bulan akan datang. Para saintis juga yakin impian menghasilkan organ universal yang bukan hanya terhad kepada paru-paru mempu dicapai dalam masa yang terdekat itu. -CARI
|
ADVERTISEMENT