CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 652|Reply: 2

Saintis Akan Menghasilkan Organ Universal Yang Boleh Diterima Semua Jenis Darah Penerima

[Copy link]
Post time 18-2-2022 03:46 PM | Show all posts |Read mode
Untuk pemindahan organ badan ada dua faktor yang amat penting dalam proses mendapatkan organ baru untuk pesakit yang memerlukannya, yang pertama adalah saiz organ dan kedua adalah jenis darah penderma perlu sama dengan jenis darah penerima.

Jika jenis darah itu tidak sama, organ itu akan ditolak selepas dipindahkan.

kredit foto: Interesting Engineering




Petikan daripada Amanz, para saintis dari Latner Thoracic Surgery Research Labotories dan UHN Ajmera Transplant Centre yang terletak di Kanada telah mengumumkan yang mereka telah berjaya menghasilkan organ universal yang boleh didermakan kepada semua penerima.

kredit foto: NewsScientist



Difahamkan, paru-paru dari individu dengan darah A dirawat dengan enzim "FpGaINAc deacetylase" dan "FpGalactosaminidase". Kedua-dua enzim ini digunakan untuk mengubah darah jenis A ke jenis O sebelum ini, selepas dirawat selama beberapa jam di dalam sebuah kebuk khas, 97% antigen A berjaya dikeluarkan dari paru-paru tersebut.



Kemudian saintis itu mengepam darah jenis O ke paru-paru dan mendapati ia tidak menunjukkan sebarang penanda penolakan dalam badan.

kredit foto: Amanz



Tetapi ianya masih dalam peringkat kerana ujian itu dilakikan dalam kebuk yang digunakan sebagai ganti tubuh pesakit sebenar, para saintis akan melakukan ujian klinikal dalam masa 12-18 bulan akan datang.



Para saintis juga yakin impian menghasilkan organ universal yang bukan hanya terhad kepada paru-paru mempu dicapai dalam masa yang terdekat itu. -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2022 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
So sape nk jd tikus makmal dulu?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau macam tu boleh la guna organ binatang yang halal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 04:59 PM GMT+8 , Processed in 1.852611 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list