CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga Tahun Hilang, Dijumpai Dalam Keadaan Celaru Di Rumah Pasangan Tua

18-2-2022 02:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14323| Komen: 168

Kota Bharu: Misteri kehilangan seorang wanita yang kononnya bekerja di Putrajaya hampir tiga tahun akhirnya terjawab apabila dia ditemukan di sebuah rumah di Kampung Perupuk, Pasir Mas, dekat sini, petang kelmarin.


Kehilangan wanita berusia 26 tahun itu dilaporkan ahli keluarganya di Balai Polis Ketereh pada 2019 selepas mereka gagal menjejakinya yang keluar dari rumah dan menaiki bas ekspres dengan alasan mendapat kerja di Putrajaya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, sebelum menghilangkan diri, wanita itu dihantar bapanya ke stesen bas pada November 2019 dan selepas itu wanita tidak dapat dikesan.


Gambar Hiasan


"Ahli keluarganya hanya berjaya menghubunginya sekali sahaja dalam tempoh itu dan langsung gagal dikesan selepas itu, malah bapanya pernah ke Putrajaya mencari mangsa namun dimaklumkan wanita itu tidak pernah datang ke premis terbabit.

"Bapanya membuat laporan polis berkenaan kehilangan anaknya itu dan hasil maklumat dan risikan yang dibuat, wanita terbabit berjaya dikesan sebelum menemuinya di sebuah rumah di Kampung Perupuk, Pasir Mas yang diduduki bersama seorang lelaki dan wanita yang berusia," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Suhaimi berkata, pihaknya dimaklumkan wanita terbabit berkenalan dengan seorang lelaki berusia sekitar 60-an sebelum menghilangkan diri tiga tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, ketika pihak berkuasa pergi menjemput wanita terbabit kira-kira jam 6 petang kelmarin, lelaki warga emas itu tiada di rumah sebaliknya seorang wanita yang dipercayai isterinya sahaja berada bersama mangsa.

"Kami sedang membuat siasatan lanjut mengenai kejadian itu dan masih mendapatkan kenyataan daripada wanita berkenaan.

"Pada masa kini keadaan wanita terbabit masih kelihatan agak celaru serta bingung dan kami sedang menunggu masa sesuai untuk mendapatkan kenyataan darinya seterusnya mengambil tindakan lanjut " katanya.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote me12345 18-2-2022 02:08 PM
Kena pukau ke..
Quote lasagnaklcc 18-2-2022 02:12 PM
Maybe jgk kena bomoh. Kalau nak kata lari ikut jantan pon i percaya jugak.
Quote glump 18-2-2022 02:15 PM
Ikut akal normal Tak kan ikut jantan 60 tahun..macam2 . Tak tau Mana betul
Quote monreyes 18-2-2022 02:18 PM
dekat je rupanya
Quote sukacactus 18-2-2022 02:20 PM
Jantan 60 thn tu jadikan dia ank angkat ke bini no 2
Quote Skuau 18-2-2022 02:23 PM
glump replied at 18-2-2022 02:15 PM
Ikut akal normal Tak kan ikut jantan 60 tahun..macam2 . Tak tau Mana betul

kakak/abang..parampuan tua kita abangla pon suka...-abangla
Quote Suchi 18-2-2022 02:26 PM
Apa org tua tu buat ngan dia? Adoi len macam plak nak plak dia pun sampai bingung gitu.

Kena culik kah? Jd hamba kah?
Quote zehra2 18-2-2022 02:28 PM
haaa kena pukau.. jd bibik free dlm rumah
Quote supernaturalee 18-2-2022 02:48 PM
Cek tgk ada sexual assault x pd body she
Or ada toddler or baby somewhere around the house

Quote Thunderclouds 18-2-2022 02:56 PM
Panjang cita. Katanya jadik bini yg ke21 org tua tuh(waallahu'alam). Org tua ada ilmu (katanya laaaaa). Patot kalo ada 'ilmu' ni p antaq santau angin kt muntri2 cap aym kc mampus cepat. Ni 'ilmu' wat kumpul betina. *Facepalm
Quote Thunderclouds 18-2-2022 02:57 PM
supernaturalee replied at 18-2-2022 02:48 PM
Cek tgk ada sexual assault x pd body she
Or ada toddler or baby somewhere around the house

Cerita org kg perupuk tu kt fb dh ada baby
Quote MoonRise 18-2-2022 03:13 PM
kalau kena pukau @ guna2, kesiannya.
Quote Decaffeinated 18-2-2022 03:20 PM
Aku nak dengar cerita dari penyiasat Cari. Mana koresponden sskjp cawangan Pasir Mas tak kan tido kot.
Quote scorpionkiki 18-2-2022 03:30 PM
Thunderclouds replied at 18-2-2022 02:56 PM
Panjang cita. Katanya jadik bini yg ke21 org tua tuh(waallahu'alam). Org tua ada ilmu (katanya laaaa ...

Ke 21 @ 2 ? Kalau 21 nanti ramai.org laki contact pakcik tu
Quote 0rkidHut4n 18-2-2022 03:37 PM
fuhhh kena pukau sampai beranak
dasyat benor
Quote dodolgemok 18-2-2022 03:38 PM
Ntah2 xkerja pon kat Putrajaya, dh kena kenceng dgan jantan sangap, buat2 la bingung celaru apa bagai. Begitu spekuan dodol
Quote cheezel 18-2-2022 04:27 PM
Kenala buat bingung. Dah kantoi
Quote krustykrab 18-2-2022 04:31 PM
Thunderclouds replied at 18-2-2022 02:56 PM
Panjang cita. Katanya jadik bini yg ke21 org tua tuh(waallahu'alam). Org tua ada ilmu (katanya laaaa ...

Apa nk heran dgn org jantan yg akal 9 nafsu 1
Quote Thunderclouds 18-2-2022 04:41 PM
scorpionkiki replied at 18-2-2022 03:30 PM
Ke 21 @ 2 ? Kalau 21 nanti ramai.org laki contact pakcik tu

21. Bukan typo. Kalo org kg perupuk tu cita tipu,maka i pn tipu lah. P la carik kt page fb kelantanese. Kecoh gk smlm

Lihat semua komen(168)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.131101 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top