Pelawak Ali Puteh diperintah Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membayar RM60,000 kepada isteri Allahyarham abangnya iaitu Abam Bocey kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan terhadap Siti Nor Hidayah Mohd Ali di Instagram dua tahun lalu.
Sinar Harian melaporkan, hakim Zulqarnain Hassan membuat keputusan itu selepas tuntutan balas yang dikemukakan Hidayah berhubung hantaran ‘Bile balu arwah abam berhati binatang!!!’ Difahamkan, Hidayah pada Mei 2020 memfailkan saman fitnah terhadap Ali Puteh, 34, berhubung kenyataan berkenaan yang menggambarkannya sebagai tidak bertanggungjawab.
Justeru, balu Abam menuntut ganti rugi am, teladan atau punitif dan teruk yang tidak dinyatakan jumlahnya. Menurut laporan, Hidayah menangis dan sujud syukur di galeri awam sebaik prosiding selesai. Sementara itu, Ali seperti dilaporkan mStar berkata, dia akur dengan keputusan itu dan menerimanya dengan hati terbuka. "Saya akur dengan keputusan hari ini, saya tak marah atau rasa nak mengamuk," katanya. Kemenangan berpihak pada Hidayah, rasanya Ali puteh akan sebut-sebut lagi tak mengenai balu abangnya ini kelak? - CARI
|
dudaberhias replied at 19-2-2022 10:43 PM
Walaupun dah banyak sangat thread pasal dayah menang ni, tapi iols tetap masuk komen nak padankan mu ...
ADVERTISEMENT