Kupang: Video 44 saat yang menunjukkan dua pelajar sekolah menengah di Kupang didenda guru dengan menghantukkan kepala mereka ke dinding menjadi tular.
Seorang daripada pelajar dalam video tersebut dikenali sebagai IF, 15, dan keluarganya membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan insiden itu. “Kami sudah buat laporan polis pada 13 Februari lalu. Sekarang ini, kami serahkan kepada polis untuk melakukan siasatan,” kata saudara IF, Dolu Yason kepada Kompas.com. Jelas Dolu, dalam video tersebut, IF dan rakannya diarahkan hantukkan kepala mereka ke dinding oleh guru subjek Pendidikan Jasmani berkenaan sebanyak 100 kali.
Katanya, kejadian bermula ketika IF dan rakannya tidak mengumpulkan semula buku yang disuruh guru tersebut pada 10 Februari lalu. “Berang dengan perkara tersebut, guru berkenaan meminta IF dan rakannya datang ke depan kelas. Dan mengarahkan mereka menghantukkan kepala ke dinding kelas sebanyak 100 kali. “Pada kiraan ke-89, IF disuruh mengulangi semua perbuatannya kerana hantukkannya disifatkan ‘tidak kuat’. “Guru itu bertanya kepada pelajar lain adakah mereka dengar bunyi hantukkan tersebut dan meminta IF segera mengulanginya,” ujar Dolu. Tidak cukup dengan itu, dua pelajar itu juga diarahkan membersihkan kawasan sekolah sebelum berlutut sambil menarik telinga antara satu sama lain. Akibat insiden itu, dua pelajar tersebut mengalami kecederaan pada dahi, telinga dan mengadu sakit kepala. Sementara itu, polis Kupang mengesahkan menerima laporan yang dibuat keluarga mangsa. -CARI Sumber: Utusan Online
|
Adrif replied at 18-2-2022 01:37 PM
masa aku sekolah rendah, 11 tahun,
cikgu genggam rambut aku, pastu hentak muka aku kuat2 kat papan h ...
AnnaSendin replied at 19-2-2022 03:11 AM
Cikgu kelaku hazabedah gini herloks dimalukan macam setazah yang dirakam jalan menonggeng dolu. Biar ...
Adrif replied at 18-2-2022 01:37 PM
masa aku sekolah rendah, 11 tahun,
cikgu genggam rambut aku, pastu hentak muka aku kuat2 kat papan h ...
gideoncross replied at 19-2-2022 11:41 AM
Aiol x fham knpa sesetngh cikgu klau dh garang tu, garang nya gila lain mcm.
Skuau replied at 19-2-2022 02:43 PM
kang dia jadi bodoh cikgunya buat camtu...nanti Msia yg jadi mangsa dgn kebodohannya itu...
Adrif replied at 19-2-2022 02:43 PM
sebab diorang pembuli, sorry to say
diorang hanya berani buli budak2 kecik. budak bawah umo. menje ...
she replied at 19-2-2022 05:48 PM
Nak kongsi story masa sekolah rendah
Sorang ustaz ni dia buat test…suruh setiap anak murid sembahy ...
Adrif replied at 18-2-2022 01:37 PM
masa aku sekolah rendah, 11 tahun,
cikgu genggam rambut aku, pastu hentak muka aku kuat2 kat papan h ...
meteorspeed replied at 21-2-2022 07:03 AM
Uihh ko dulu sekolah rendah kt mana.. Aku ada kelas mate yg kena gini.. Cikgu matematik gak.. Cikg ...
ADVERTISEMENT