CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1819|Reply: 20

Pelajar Sakit Kepala, Dahi, Telinga- Cikgu Denda Hantuk Kepala Ke Dinding 100 Kali

[Copy link]
Post time 18-2-2022 12:31 PM | Show all posts |Read mode
Kupang: Video 44 saat yang menunjukkan dua pelajar sekolah menengah di Kupang didenda guru dengan menghantukkan kepala mereka ke dinding menjadi tular.


Seorang daripada pelajar dalam video tersebut dikenali sebagai IF, 15, dan keluarganya membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan insiden itu.


“Kami sudah buat laporan polis pada 13 Februari lalu. Sekarang ini, kami serahkan kepada polis untuk melakukan siasatan,” kata saudara IF, Dolu Yason kepada Kompas.com.






Jelas Dolu, dalam video tersebut, IF dan rakannya diarahkan hantukkan kepala mereka ke dinding oleh guru subjek Pendidikan Jasmani berkenaan sebanyak 100 kali.


Katanya, kejadian bermula ketika IF dan rakannya tidak mengumpulkan semula buku yang disuruh guru tersebut pada 10 Februari lalu.


“Berang dengan perkara tersebut, guru berkenaan meminta IF dan rakannya datang ke depan kelas. Dan mengarahkan mereka menghantukkan kepala ke dinding kelas sebanyak 100 kali.


“Pada kiraan ke-89, IF disuruh mengulangi semua perbuatannya kerana hantukkannya disifatkan ‘tidak kuat’.


“Guru itu bertanya kepada pelajar lain adakah mereka dengar bunyi hantukkan tersebut dan meminta IF segera mengulanginya,” ujar Dolu.


Tidak cukup dengan itu, dua pelajar itu juga diarahkan membersihkan kawasan sekolah sebelum berlutut sambil menarik telinga antara satu sama lain.


Akibat insiden itu, dua pelajar tersebut mengalami kecederaan pada dahi, telinga dan mengadu sakit kepala.


Sementara itu, polis Kupang mengesahkan menerima laporan yang dibuat keluarga mangsa. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2022 12:46 PM | Show all posts
Ni bukan denda lagi tapi mendera dah boleh didakwa sebab dah menyebabkan kecederaan
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 01:37 PM | Show all posts
masa aku sekolah rendah, 11 tahun,
cikgu genggam rambut aku, pastu hentak muka aku kuat2 kat papan hitam sebab tak reti jawab soalan matematik.
auto aku menangis sebab sakit dan malu

cikgu tu nak tutup cerita, dia sebar cerita kat semua orang, aku cium papan hitam sebab tak dapat jawab soalan. hakikatnya, saksi rakan sekelas 29 orang nampak.
Allah nampak. Malaikat kiri kanan nampak.

sampai bila2 aku takkan maafkan cikgu tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Zalimnya. Takat kesalahan gitu melalut2 cikgu tu dera apsal. Ada dendam je jiwa kacau
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 02:44 PM | Show all posts
Adrif replied at 18-2-2022 01:37 PM
masa aku sekolah rendah, 11 tahun,
cikgu genggam rambut aku, pastu hentak muka aku kuat2 kat papan h ...

serupa kes kwn kelas aku ni
darjah 3 sekola agama ptg, cikgu tu dh tua, garang, main lempang , hantuk 1 org bdk pmpn kelas aku kt depan sbb trsalah baca quran
gile btul, aku masa tu kecik2 tgk jadi terkejut & takut
dh la cikgu tu besar, bdn tinggi.

tapi cikgu tu kene balas dgn tuhan, anak laki dia jadi fonen, balik dgn bf
ntah cmne bapak garang, tapi anak fonen plak,
mgkin tu ujian dia,

tapi dah meninggal dh cikgu tu
takziah
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 02:52 PM | Show all posts
biasa cigu PE ni asal budak2 kelas belakang je, itu pasal layak ajar PE je

jadi tau la tahap pemikiran bekas budak2 kelas belakang ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2022 03:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu kelaku hazabedah gini herloks dimalukan macam setazah yang dirakam jalan menonggeng dolu. Biar deols rasa perasaan anak murif pulaks.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 03:21 AM From the mobile phone | Show all posts
AnnaSendin replied at 19-2-2022 03:11 AM
Cikgu kelaku hazabedah gini herloks dimalukan macam setazah yang dirakam jalan menonggeng dolu. Biar ...

Ikut the rule of law...bukan law of the jungle....

Unless of course ko juga sehina sipelaku yg melakukheun kesalahan tersebut...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2022 11:41 AM | Show all posts
Adrif replied at 18-2-2022 01:37 PM
masa aku sekolah rendah, 11 tahun,
cikgu genggam rambut aku, pastu hentak muka aku kuat2 kat papan h ...

Aiol x fham knpa sesetngh cikgu klau dh garang tu, garang nya gila lain mcm.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 11:46 AM | Show all posts
cikgu tak payah la over dalam mendidik anak2 orang. kalau fikir logik, kepala tu sensitif. jadi sawan ke, saraf rosak ke..tak ke musnah masa depan budak tu dan masa depan kau jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak I pernah kena cubit sampai lebam di bahagian perut, sebab tak dapat jawab soalan matematik. He was 5y/o waktu tu. I nak mandikan dia, I nampak lebam, lepas tu baru dia bagitahu cikgu cubit dia, sakit.

Hangin. I report dekat guru besar siap gambar. Then esoknya cikgu tu minta maaf sebab sewaktu mencubit, dia dah penat mengajar. Takpelah, one day mungkin you ada anak, you akan fahamlah ya kerisauan seorang ibu (kalau pandai sayang anaklah) setiap kali anak tak ada depan mata.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 02:43 PM | Show all posts
gideoncross replied at 19-2-2022 11:41 AM
Aiol x fham knpa sesetngh cikgu klau dh garang tu, garang nya gila lain mcm.

sebab diorang pembuli, sorry to say
diorang hanya berani buli budak2 kecik. budak bawah umo. menjerit, menengking, pukul melebih-lebih.
diorang pandang budak2 tak berani, tak melawan, tak boleh melawan, takda hak dan takda kuasa.

jangan sampai buku bertemu dengan ruas. cikgu2 tu ingat diorang je boleh marah, mengamuk, pukul budak.
what if one day, budak yang pukul diorang balik? sebab pernah terjadi. bukan aku la.
ko cikgu perempuan ke, cikgu lelaki ke, kalau kena tumbuk, sia2 je nanti

macam adik aku, dia cerita cikgu kelas dia mulut longkang. memang biadap maksimum
ada satu hari tu, dia marah sorang budak ni. dan dia cakap sesuatu yang mengaibkan tentang mak bapak la.
budak tu pun menjawab balik, "Cikgu, cakap baik-baik sikit boleh tak? Mak saya dah meninggal. Nak marah saya marahlah, tapi jangan babitkan mak ayah saya."

cikgu tu apa lagi, rasa goyah, dia pun menjerit menengking mengamuk, dah ready nak angkat tangan lempang,
dan budak tu reply balik, "Nak pukul? Pukul la! Saya tak salah dalam hal ni! Kalau cikgu sentuh saya sebab cikgu salah, saya laporkan hal ni kat guru besar, kementerian pelajaran, dan buat report polis! Saksi kawan-kawan saya dalam kelas ni nampak dan dengar!"

adik cakap, memang drama habis waktu tu. lepas tu cikgu terus blah. dah tak mengajar kelas tu. diorang tukar cikgu lain
tapi respek kat budak tu sebab berani bersuara. dan tau nak repot kat sapa.
aku time sekolah bodoh terus. tak tau boleh report kat guru besar pun. sebab ingat guru besar akan berpihak pada cikgu2 hampeh ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
kang dia jadi bodoh cikgunya buat camtu...nanti Msia yg jadi mangsa dgn kebodohannya itu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 02:46 PM | Show all posts
kenapa nak hukum budak2 sampai mcm tu sekali
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 19-2-2022 02:43 PM
kang dia jadi bodoh cikgunya buat camtu...nanti Msia yg jadi mangsa dgn kebodohannya itu...

Kupang friska ni kan??? Tengok pada singkatan nama mangsa..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak kongsi story masa sekolah rendah

Sorang ustaz ni dia buat test…suruh setiap anak murid sembahyang depan dia…pastu ramai yang tak tahu…ustaz ni mengejek pelajar2 tu sampai ke bilik guru… “eeee tak reti semayang”…macam tu lah kiranya…last2 kena tukar sekolah

Cikgu BM perempuan…acah popular lah sebab pelajar semua kenal dia paling garang…dia bagi soalan…siapa tak dapat jawab…auto lempang…bukan lempang sikit2…ini lempang sampai tercabut ikat rambut anak murid…sebelum dia nak sesi soal tu…dia buka sesiap cincin bersusun atas meja…kami ni punyalah takut sampai ada yang nangis siap2…meols syak cikgu tu mental

Cikgu laki suka denda lucah…siapa tak buat keje sekolah…dia panggil ke depan…kalau ada murid laki perempuan…dia pairkan dan suruh berlakon “abang sayang adik….adik sayang abang”…kesian betul tengok kawan2 dimalukan begitu…tapi satu hari cikgu tu kena tumbuk dek sorang bapa pelajar perempuan…keluar pintu kelas kena tibai depan student semua…riuh rendah gosip…setel macam mana tu tak tahulah

Ini antara pengalaman makcik sekolah rendah tahun 80an dulu…mungkin cikgu2 ni dah insof atau dah mati termakan sumpahan anak murid
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2022 03:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Adrif replied at 19-2-2022 02:43 PM
sebab diorang pembuli, sorry to say
diorang hanya berani buli budak2 kecik. budak bawah umo. menje ...

Agknya badigol tu ambil krja as cikgu sbb nak gaji bulanan je, bonus included sbb tu x kisah dgn hti & prasaan students. Aiol dlu Form 6 pun ada cikgu pompuan yg suka mrah2, Cainis, entah apa2 je. Dgn students dia suka, kmain baik, lmbut tpi klau dgn students yg dia x suka, cam taik je dia buat.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2022 03:33 AM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 19-2-2022 05:48 PM
Nak kongsi story masa sekolah rendah

Sorang ustaz ni dia buat test…suruh setiap anak murid sembahy ...

Dlu msa iol Drjh 4, cikgu iol pun garang gila. Lgi2 time tu dia pregnant, lagilah naik hantu dia d buatnya. Pling iol ingt klau dia msuk classroom pstu start dia mngajar & kitorg x buat slah pun, only suara mnjwp soalan dia dgn suara x bsar pun, dia dh mnjerit mcm org gila. Stakat cubit smpai lebam & ktuk kpla kitorg pkai bakul kcil pun kitorg dh kna, tu yg iol pling ingt. Kitorg x buat slh pun dia akn mnjerit & ada skali tu ada classmate tulis nmbr "23" as jwpn utk soalan yg d brikn kat blackboard & tulisan dia jnis kcil, apalgi? Naik hntu cikgu iol ni smpaikn dia tulis nmbr "23" bsar2 smuat blackboard pstu jrit "Ko x boleh ke tulis bsar2?! Lain kli tulis bsar2!!!!". Yikes.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2022 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Adrif replied at 18-2-2022 01:37 PM
masa aku sekolah rendah, 11 tahun,
cikgu genggam rambut aku, pastu hentak muka aku kuat2 kat papan h ...

Uihh ko dulu sekolah rendah kt mana.. Aku ada kelas mate yg kena gini.. Cikgu matematik gak.. Cikgu laki.. Sampai sekarang aku tetbayang yg dia buat kt budak laki tue.. Hentak kepala kt papan hitam
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2022 08:28 PM | Show all posts
meteorspeed replied at 21-2-2022 07:03 AM
Uihh ko dulu sekolah rendah kt mana.. Aku ada kelas mate yg kena gini.. Cikgu matematik gak.. Cikg ...

cikgu matematik kami tu, perempuan.
kesian kawan ko tu, faham sangat perasaan dia

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.065652 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list