Kuala Lumpur: Keengganan murid lelaki berusia 10 tahun ke sekolah sejak Januari lalu membongkar kejadian amang seksual yang didakwa membabitkan gurunya di sebuah sekolah di Putrajaya.
Menurut sumber, kejadian itu dilaporkan hanya disedari keluarganya selepas dipujuk kerana enggan ke sekolah sebelum diberitahu dia menjadi mangsa amang seksual guru terbabit sejak tahun lalu. "Ahli keluarganya yang tidak berpuas hati kemudiannya mengadakan pertemuan dengan pihak sekolah kelmarin, sebelum dinasihatkan untuk membuat laporan polis. "Susulan itu, mereka tampil membuat laporan untuk tindakan selanjutnya," katanya. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan polis ada menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan. "Setakat ini, suspek masih belum ditahan dan kes itu sedang disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Thunderclouds replied at 18-2-2022 11:06 AM
Mmmm... hujung2 kna tukaq sekolah ja cikgu tu nnt. Patu buat taik kt tempat lain pulak.
Thunderclouds replied at 18-2-2022 11:06 AM
Mmmm... hujung2 kna tukaq sekolah ja cikgu tu nnt. Patu buat taik kt tempat lain pulak.
laradelara replied at 19-2-2022 01:41 AM
Dh smpai masa utk ubah.. Hanat yg keji rosakkan masa dpn budak2 camni patot kena buang keje & blac ...
bakingsoda replied at 19-2-2022 10:12 AM
tak cerita pulak gangguan mcmn tu. sampai melibatkan sentuhan ke? mmg merana hadap perangai cikgu mi ...
peko_lolo replied at 19-2-2022 10:53 AM
Mesti ko cantik kan
batmana replied at 19-2-2022 07:01 AM
Payah kes cmni..nk ada bukti..
Jadi samada
Sekolah patut dh wajib psg CCTV semua sudut sekolah
ADVERTISEMENT