CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1379|Reply: 15

Jadi Mangsa Amang Seksual Cikgu, Punca Murid Umur 10 Tahun Enggan Pergi Sekolah

[Copy link]
Post time 18-2-2022 10:43 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Keengganan murid lelaki berusia 10 tahun ke sekolah sejak Januari lalu membongkar kejadian amang seksual yang didakwa membabitkan gurunya di sebuah sekolah di Putrajaya.


Menurut sumber, kejadian itu dilaporkan hanya disedari keluarganya selepas dipujuk kerana enggan ke sekolah sebelum diberitahu dia menjadi mangsa amang seksual guru terbabit sejak tahun lalu.


"Ahli keluarganya yang tidak berpuas hati kemudiannya mengadakan pertemuan dengan pihak sekolah kelmarin, sebelum dinasihatkan untuk membuat laporan polis.


"Susulan itu, mereka tampil membuat laporan untuk tindakan selanjutnya," katanya.


Foto: Utusan




Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan polis ada menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.


"Setakat ini, suspek masih belum ditahan dan kes itu sedang disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2022 11:06 AM | Show all posts
Mmmm... hujung2  kna tukaq sekolah ja cikgu tu nnt. Patu buat taik kt tempat lain pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni lah yg jd bila budak class blkg, perangai tak semenggah jd cikgu. Rosakkan murid sndri! Keji
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 18-2-2022 11:06 AM
Mmmm... hujung2  kna tukaq sekolah ja cikgu tu nnt. Patu buat taik kt tempat lain pulak.

Dh smpai masa utk ubah.. Hanat yg keji rosakkan masa dpn budak2 camni patot kena buang keje & blacklist & kena hukuman yg setimpal. Biaq adil
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 01:43 AM From the mobile phone | Show all posts
lgbt pedo berleluasa
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 02:51 AM From the mobile phone | Show all posts
cikgu dia buat apa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2022 02:55 AM | Show all posts
Beberapa bulan ataupun tahun lepas ada seorang pelajar yang menipu kata dia menjadi Mangsa Amang Seksual Cikgu.

Tapi sebenarnya dia malas pergi ke sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Payah kes cmni..nk ada bukti..
Jadi samada
Sekolah patut dh wajib psg CCTV semua sudut sekolah
Atau murid tu wajib pakai Gopro 24jam kt sekolah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2022 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 18-2-2022 11:06 AM
Mmmm... hujung2  kna tukaq sekolah ja cikgu tu nnt. Patu buat taik kt tempat lain pulak.

Maaf, meols nak reply komen tapi macam tertekan button Report

Mod kalau ada report dari meols, tolong abaikan pasal fat finger meols yang tersalah tekan button. Tenkiu.

Sudah sampai masanya, sapa yg bersalah harus diberi hukuman setimpal bukan tukar ke tempat lain.  Perkara yang sama akan berulang & mangsa tidak dapat pengadilan yg adil.

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Belum kena dakwa?
Belum jatuh hukum?
Fitnoh akhir zaman kat org baik2

Usop
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
laradelara replied at 19-2-2022 01:41 AM
Dh smpai masa utk ubah.. Hanat yg keji rosakkan masa dpn budak2 camni patot kena buang keje & blac ...

Kena register as pedo dan accessible bila parent nak check...bhayanya ni ckgu sekolah mana ni..pulk tu belum ditahan lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
tak cerita pulak gangguan mcmn tu. sampai melibatkan sentuhan ke? mmg merana hadap perangai cikgu miang nih. aku pernah kena cuma tak sampai kena sentuh la sbb selalu ada orang sekeliling, dlm kelas tarik kerusi duk tepi aku sambil main2 barang aku atas meja masa tengah buat latihan, bayangkan rasa mcmn ada org tenung dr jarak dekat sepanjang waktu kelas pastu tahun seterusnya jd guru kelas kitorang la pulok, suruh aku yg pegi bilik guru tanda kehadiran (patut ni keje ketua kelas pehal suruh aku). classmates aku yg lelaki perasan je kot sbb masa cikgu tu nak pindah dia suruh semua murid tulis pengakuan scr anonymous, ada sorang classmate aku tulis cikgu nampak gila seks. dalam hati aku berterima kasih kat classmate tu tolong mengaku, dah lama aku menyampah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 19-2-2022 10:12 AM
tak cerita pulak gangguan mcmn tu. sampai melibatkan sentuhan ke? mmg merana hadap perangai cikgu mi ...

Mesti ko cantik kan
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
peko_lolo replied at 19-2-2022 10:53 AM
Mesti ko cantik kan

tak zisss! lagipon kejadian zaman kanak2 biasala budak2 orang cakap cute
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 19-2-2022 07:01 AM
Payah kes cmni..nk ada bukti..
Jadi samada
Sekolah patut dh wajib psg CCTV semua sudut sekolah

lambattt lagi la sek nak psg cctv. mcm2 hal timbul nati privacy la, xde bajet la.
i letak recorder kecik dlm seluar anak i tanpa dia sedari. tp blh record suara je la. dgn record tu la i bawak jmp gb inform anak i dibuli sebelum ni dia tak caya, ckp anak i mcm2. bila dgr blk record tu kan mmg berjurai2 la airmata iols. bila jmp cikgu kekwat+gb hanat tu i perli kaw2 punya, report kat jpn then tukarkan anak i ke sek lain. pembuli aman2 je sek situ.
kesimpulannya kes2 gini kene jadi thp teruk betul baru la diambil tindakan, lagi la kalau melibatkan guru ujung2 tuko sek je la cikgu tu.

komen ni utk yg berkenaan sajork ye, cikgu2 yg baik pun ramai je.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok siasat dua2 belah..kdg2 budak2 jenis nipu byk hal kat sekolah pun ada..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.616725 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list