Gaya suara dan wajah yang dikatakan seiras Akim Ahmad bukan satu kelebihan kepada Ajoi Zainal dalam pertandingan Big Stage 2022.
Ajoi atau nama sebenarnya Muhammad Qaidzul Zainal Abidin enggan perkara itu menjadi punca dia dibandingkan dengan vokalis kumpulan Akim & The Majistret. Oleh yang demikian, penyanyi berusia 24 tahun ini tetap dengan pendiriannya tidak mahu menyanyikan lagu suami kepada penyanyi Stacy Anam itu. "Sebenarnya dari 2018 lagi, masa saya mula-mula nak ceburi bidang nyanyian, memang ada orang cakap saya sama seperti Akim Ahmad.
"Macam-macam saya cuba, buat rambut dan gemokkan badan tapi tetap ada yang kata sama juga. Bagi saya, tak ada la sama pun... suara dia pun lain. "Saya tak nak orang bandingkan saya dengan dia. Walaupun minat muzik dia tapi saya memang tak nak nyanyi lagu dia," katanya kepada mStar. Ajoi ditemui ketika selepas selesai konsert Big Stage 2022 minggu kedua yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Berkongsi mengenai penyertaannya dalam Big Stage 2022, Ajoi mengakui jangkaan penonton memberi tekanan kepadanya. Bagaimanapun, Ajoi menjadikan tekanan itu sebagai pembakar semangat untuk dia sentiasa menambah baik persembahannya setiap minggu.
|
exclusive_vvip replied at 18-2-2022 10:17 AM
Napa muka budak ajoi ni mcm ada vibe bagi orang menyampah je
ADVERTISEMENT